Peluang perlu dicari

Assalamualaikum .

Sihat ? haha 😀

Selepas berakhirnya SPM , tiga bulan berehat . Ada yang pergi menjadi wira dan wirati negara dan tak kurang yang kerja dan mengambil lesen . Kata mudahnya , semua orang sibuk dengan hal masing-masing . Cuma sibuknya aku hanya di rumah . Masih memegang jawatan yang sama . HAHA

Berlalu je 3 bulan . Keputusan keluar . Terus dah kena fikir , ‘Ke mana hala tuju aku?’ walaupun cuak 😦 Cerita nak hidup , kan? Aku pun ikhtiar je cari peluang kat mana-mana yang ada . “Yang penting , minat nak sambung belajar,” kata abangah . Usaha je , dapat ataupun tak , itu kerja Allah . Right ?

Untitled-1

Persaingan sengit kot .

Seorang kawan aku cakap , “Aku malas la nak pergi iv tu .” Dengan pantas aku balas . “Weh , sekarang bukan senang tau nak sambung belajar . Pergi je la . Cuba nasib . Rezeki tu Allah yang tentukan , yang penting kita usaha dan cuba .”

Ingat , kita seorang yang menolak . Beribu yang menunggu peluang tuh . *serius*

Tak tahu hala tuju .

Waktu aku mula-mula dapat tahu results SPM yang agak so-so je tu . Aku pun tertanya-tanya . Nak pergi mana ? Nak sambung apa ? Dan bila aku text Kak Wan Najihah , Kak Dila dan kakak aku sendiri . Benda pertama yang mereka cakap pada aku , “Bersangka baiklah pada Allah SWT . Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita .”  🙂

Kata-kata diorang macam air sejuk yang mengalir menenangkan perasaan . Even mama pun sama . Mama cakap , SPM itu hanya tiket untuk sambung belajar . Di mana atau course apa , kita perlu cari dan usaha . Jangan duk tunggu macam buah tak gugur . Dan bila nampak orang lain dapat sambung belajar , rasa down tahap giga .

Kata-Semangat

Trust Allah .

Benda yang penting sekali adalah balik kepada yang asas . Beriman kepada Allah . Aku pun kadang-kadang hanyut juga . Syok sangat dengan benda yang ntahapehape tu buat aku jauh . Tambah , iman nih spesis yang turun-naik-turun-naik macam yo-yo kan . Jadi , saat terumbang-ambing nih , rebut peluang . Untuk bicara dan rapat dengan Allah .

Sebab , saat semua perkara membuatkan kita buntu dan keliru , Allah membentangkan jalan yang luas untuk membantu taanpa jemu . Senang kata , jangan putus harapan , jangan putus doa 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s