Ke Perak Ke Kita ?

Assalamualaikum .

Matrikulasi sesi 2014/2015 keluar hari nih . Semua kawan gaya teruja aje nak pergi sambung belajar semula setelah sekian lama memegang jawatan sebagai ‘SPM-Leaver’ . Samalah macam aku . Untung sikit yang ada banyak aktiviti yang nak dilakukan dalam masa berbulan-bulan nih . Kalau tak , meh la join lepak sekaki menanam anggur sambil berlatih membuat kerja-kerja rumah . Sanggup ? HAHA .

Alhamdulillah , pendek ceritanya . Aku dapat masuk matrikulasi . Dekat Perak nun . Jauh la juga daripada Johor , tempat tinggal sekarang (kampung halaman Mama) . Dan tiba-tiba sangkut pula rezeki di Perak (kampung halaman Ayah) . Nampak tak kat situ ? Hikmah yang Allah nak tunjuk . Dapat balik kampung kat Kuala Kangsar šŸ˜€ !

Walaupun nak diikutkan yang masa sekolah dulu pun jauh kemain , yang nih pun jauh juga . Aku memang kena belajar hidup merantau la . Kalau sebelum nih ada warden dan peraturan yang ketat . Lepas nih , kena urus sendiri la . Nak bangun subuh dah tak ada bunyi siren . Sakit-sakit , setel sendiri . huhu T_T

Tapi , benda yang paling penting . Kena take serious la dengan belajar . Tak boleh nak main-main , huha-huha-tak-tentu-arah-bagai . Fokus kena kuat , usaha pun sama . Tambah-tambah lagi bab-bab urusan cinta dengan Allah . Sebab jauh dari famili kan , bak kata Kak Dila , “Allah ada untuk jaga”. Sweet gitu šŸ™‚

Maaf juga buat Kak Shieda , hajat tak kesampaian nak melawan waktu hujung minggu deh . Tak ada rezeki kat KMJ šŸ˜¦ . Tak pe la . Mungkin lain kali kot . Time Kak Shieda buat makan-nasi-minyak ke ? HEHE šŸ˜›

bljo

Sebab aku nak pergi matrikulasi .

1# Nak sambung belajar .

Memang nak sambung belajar daripada buang masa . Salah satu jalan nak cepat ambil degree dengan masuk matrikulasi dulu . Walaupun orang kata susah , tapi memang belajar apa pun tak ada yang senang . Ye tak ?

2# Rasa syukur .

Tak semua orang yang mohon dapat . Jadinya , ini satu peluang . Hargai , dan cuba buat yang terbaik . Kita usaha , Allah yang tentukan šŸ™‚

3# Boleh buat kaum dengan budak-budak Iskandar .

Ramai je member sekepala yang sangkut kat tempat yang sama . Cuma tak tahu la mereka pergi atau pun tidak . Ayat yang sama , nak tunggu UPU dulu macam mana . Kat sana nanti , jumpa dengan Ain Chanteq , Dalila , kot ada Atiara, Syaza, Anizah, Irdina, Nasyira, Pieqa dan Lydia sekali . HAHA šŸ˜€ Ramai kan boleh jadi geng balik kampung ?

Lagipun , abangah kata matrikulasi nih ok je . Syaratnya , pandai jaga diri dan belajar betul-betul . Kot kalau asasi nanti , takut tak sedia lagi nak ambil bidang tu . Senang cerita , terpulang pada diri sendiri la nak ambil peluang yang mana šŸ˜€

kartun-jilbab-laptop-notebook-tablet-appel-acer-toshiba-sony-avio-walkman-kopi-smart-it-gambar-programmer-belajar-cerdas-sekolah-cartoon-muslimah-hijab

Insya Allah , kalau panjang umur . Jumpa kat sana . šŸ™‚

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s