Step by Step la

Assalamualaikum .

Rasanya aku tak la pakar mana nak cakap pasal perancangan hidup segala . Aku pun masih terumbang-ambing juga mencari arah yang betul . Kali nih ada sebab tersendiri aku buat entri ‘Step by Step’ . Sekarang adalah zaman yang sangat la maju kalau nak dibandingkan zaman batu dulu .

images (1)

Kahwin Muda .

Hari nih aku rasa dah terlalu banyak cerita budak tak habis sekolah dah kahwin . Tak kira la nikah gantung ke tak , yang aku tahu mereka terlalu muda . Baya aku mungkin , dan banyak je yang lebih muda dari aku . Soalan yang aku kalau boleh nak tanya , “Kenapa kahwin awal sangat ?” HAHA *hanya tersimpan dalam hati je la*

Barangkali jodohnya datang lebih awal dari apa yang disangka . Kalau cerita bab-bab berkeluarga dalam famili , soalan yang mama selalu ajukan , “Dah sedia dah nak bagi seluruh hidup dalam perkahwinan ? Nak ada komitmen yang bukan sekejap-sekejap tapi untuk seumur hidup ?” *semua diam dan memikir semula* πŸ™‚ Ligat memikir yang kami…

1.Masih perlukan mak ayah .

Perkataan nikah membawa makna yang besar . Cukup sampai situ . Setakat umur aku yang baru 18 tahun , tahu apa la sangat pasal realiti hidup . Nak makan pun masih minta kat mak ayah . Itu maknanya , kita hidup masih memerlukan mak ayah untuk keperluan hidup , untuk didik dan bimbing kita mana yang betul dan tak . Bukan main redah je ikut suka hati. Tak molek , ok?

2.Masa depan jauh lagi .

Umur pun muda . Belajar pun kadang tak habis lagi . Jangan kata pasal belajar , ada yang sekolah pun belum tamat dah berumahtangga . ==” Adik , orang zaman sekarang berlumba-lumba nak belajar tinggi melangit . Itu bukan sebab sibuk nak kejar dunia tapi untuk hidup kat dunia nih , kita perlukan bekalan untuk menampung makan dan minum kita . Contoh bekalannya adalah ilmu .

3.Ilmu penting untuk back-up diri .

Dengan ilmu la seseorang itu boleh berjaya . Ilmu juga membuat si bodoh jadi pandai , dan si miskin jadi kaya . Faham ? Dan ilmu juga laa yang membuatkan orang menghormati kita . Kalau kita hidup tanpa ilmu , kita nak bergantung pada siapa ? Orang lain? Belum tentu dia akan tanggung kita sampai mati .

4.Perlu buka minda seluas-luasnya .

Takut ‘Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari’ . Mengerti ? Aku bukan skeptikel sangat bab nih , tapi bila kita berfikir panjang sambil buat kira-kira , kita akan tahu realitinya . Hidup bukan sekadar suka-suki-sukahati-aku . Lebih dari itu . Macam tu juga dengan pernikahan , bukan setakat menghalalkan yang haram dan nak hepi-hepi . Nikah itu membina umat Rasulullah . Bila fikir balik , mendalam maknanya .

—-> Untuk yang belum bernikah *macam aku* hehe πŸ˜‰

Sama-sama kita fikir betul-betul . Tanya la berulang kali , “Betul ke aku boleh hadap komitmen hidup berumahtangga nih?” Kot kalau rasa macam dah mantap segala segi (pelajaran -kerjaya-dah boleh berkongsi-ada hati nak kahwin- agama dah ok) *kira setel semua la. Tak pun majoriti yang penting tu da bersih , ok je untuk teruskan niat di hati πŸ˜€

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s