Hari-hari yang padat

Assalamualaikum .

Kasihan blog tidak ada cerita baru . Cerita yang baru tidak la baru sangat . Sebab , tengah sibuk siap-siapkan barang macam orang lain . Dah nak sambung belajar balik lepas tinggalkan alam persekolahan πŸ˜€ Alhamdulillah , 90% dah siap pun . Mama kata tak boleh bertangguh sebab nanti tak buat-buat dan terbengkalai . Jadi , aku siapkan semua awal-awal πŸ™‚ Hari-hari terakhir di rumah , hanya perlu kemas sikit-sikit dan jalankan kerja sebagai pelatih suri rumah untuk seketika . hehe

Seminggu lepas 😦

Sibuk menelaah benda yang berkaitan dengan KPM bagai T_T Dan setelah aku pergi ke IPGKTHO , aku mengaku yang soalan-soalan yang dilontarkan sangat laa mencabar minda dan hati . Provokasi yang terbaik la waktu tu . Asakan yang bertubi-tubi sampai ada yang dari lancar berkata-kata terus diam , baik sikit cakap aje laa apa-apa walaupun hentam kromo aje ==” Aku rasa mereka nak cari pendidik yang betul-betul berjiwa dan berkelayakan untuk jadi pendidik . Bukan main tangkap muat aje . hoho

Soalan-soalan mereka .

1. Apakah perasaan yang terlintas setelah menonton video tadi ? (video pasal anak muda yang lupa pada ibunya) .

2. Pada pandangan anda, program apa yang boleh memupuk sifat penyayang terhadap ibu bapa? Bincangkan . (memang kena kerjasama dalam kumpulan . kat situ jugak .)

3. Apa beza antara bimbingan dan kaunseling? Kenapa minat nak jadi kaunselor berbanding benda lain? Apa keistimewaan kamu untuk melayakan kamu bergelar kaunselor? (see? tu soalan individual laa, tapi bukan untuk aku . hehe)

4. Adakah kamu sudah ada wawasan untuk menjadi pendidik yang boleh memberi pendekatan kepada pelajar kamu mengenai Sekolah Henry Gurney ? Apakah wawasan kamu? Bagaimana kamu mahu memberi pendekatan itu? (sebab budak tu anak warden penjara)

5. Adakah kamu bersetuju , sekiranya pelajar-pelajar di Malaysia menerima pendidikan yang berorientasikan peperiksaan? Apakah rasionalnya? Buktikan pelajar-pelajar kita cemerlang dari segala segi dengan adanya pendidikan berorientasikan peperiksaan . (err kalau aku laa, terasa hilang semua benda yang telah dibaca >.< )

6. Terangkan dasar 1Murid 1Sukan . Kenapa dasar tersebut dilaksanakan? Apakah kebaikannya? Objektif? ( hanya budak sains sukan yang laju menjawabnya.. haha)

7. Bagaimanakah kamu memainkan peranan sebagai guru kaunselor , sekiranya pelajar kamu terlibat dengan gejala lumba haram? Sebab, bukan mudah untuk mengubah manusia daripada perangai yang buruk menjadi baik , kan .Β 

HAHAHAHA … See? Tu sikit je baru . Yang lain aku tak sebut lagi… Keluar je bilik tu , terus lepak kat bilik Kak Syuk dengan Kak Dila dan Kak Nadia . Balik rumah , malam terus pengsan tak sedar-sedar . T_T
Selamat-Hari-Guru

Selamat hari Guru πŸ™‚

16 Mei 2014 . Terima kasih tak terhingga buat cikgu-cikgu, ustaz-ustazah, mualim dan mualimah, sir and teachers dan semua yang pernah mendidik diri ini . Dari tak kenal huruf sampai tahu pasal hidup πŸ™‚ Sesungguhnya jasa dan pengorbanan kalian tidak dapat saya balas . Semoga Allah menempatkan kalian dalam golongan orang-orang yang beriman . Semoga dipermudahkan segala urusan . Dunia dan akhirat . Amin .

Istimewa buat Mama dan Ayah . Mama dan Ayah adalah cikgu sejak Kak Yang lahir lagi πŸ˜€

Special buat Cikgu Naqiah a.k.a Kakak . hehe Terima kasih sangat-sangat . Banyak yang Kak Yang belajar daripada Kakak !

p/s : Selamat Hari Lahir buat Nur Syamimi dan Cikgu Nalini πŸ™‚

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s