Spy Game

Salam.

Petang.

Aku cuma nak bercerita tentang kuliah fizik. Almaklum, aku bukanlah pelajar yang mencintai fizik dari tingkatan empat. Sebabnya, hanya Allah, aku dan orang terdekat saja yang tahu.

Masuk semester baru, aku kena amik subjek fizik untuk satu sem. Mula gelabah ayam. Fizik kot, cuak aku nak bawak. Mungkin masih terkesan dengan espiem yang entah-apa-apa-ntah tu. Fikiran mula bercelaru, ‘Boleh bawak ke tidak nih, Najla’. Ayat tu berulang-ulang macam kaset.

Tiba hari kuliah pertama, semua benda dalam bahasa omputih. Pensyarah melayu, lelaki. Aku ingat sempoi macam Dr Huda, sekali hambik ko. Banyak yang amat rules dalam kelas dia. Antara rules yang mungkin masuk akal, mungkin juga tak :

  1. Girls, kena pakai lipstik. Make sure bibir tu ada calit something. Dengan alasan, biar confident level tu tinggi sikit. Hmmph
  2. Jejaka, masukkan baju-tak kira baju apa tapi tak masuk baju melayu dan jubah- dalam seluar. Kena nampak smart, handsome je dalam kelas.
  3. Semua makhluk kena bercakap, keluarkan pandangan. Jangan bisu bila ditanya.
  4. Mesti dah sedia awal-awal untuk kuliah supaya tak tercengang-cengang.
  5. Lambat seminit, RM1. Diskaun bergantung pada nasib dan keadaan.
  6. Tidur dalam kuliah, RM5.
  7. Yang penting, semua kena dress-up!

Hmm pelik tak pelik, bila tiba hari ada fizik, semua nampak kemas, cantik, smart dan segala. 🙂 Tapi memang tak tahan laa. Sumpah tak tenang bila masuk kelas. Berdebar je. Dedor rasa badan nih macam tak sihat tetiba.

Benda gagal logik adalah crazy assignment yang beliau suruh buat.

SPY GAME.

Konsep dia, cari mana-mana manusia dalam u yang kau jumpa, lain gender. Pergi stalk, bahasa jahatnya. Cari seberapa banyak yang kau boleh maklumat berkaitan dengan orang yang kau aim. Tempoh seminggu.

Memang kelam kabut laa. Anak teruna mana yang aku nak stalk dalam masa seminggu. HAHA. Setelah timbal balik calon yang tak jumpa, aku pun random amik budak cina mana entah untuk di’stalk’.

Aku amik nama dengan gambar je. Lain-lain, kelentong sudaa. Tak kuasa nak tengok orang senyap-senyap tambah hari-hari. Haih memang jenuh laa kalau gitu. Kenal tak kenal, budak cina tu satu kuliah jugak. Tapi bukan fizik.

Keseronokan mencari subjek untuk di ushar kian menjadi-jadi. Tak boleh blah bila ramai yang buat antara classmates. HAHA 😀  3-4 hari before due date. Ramai yang dah hantar. Aku pun mula baca kat dalam wiggio tu.

Macam-macam, ada yang sweet, malu-malu, yang tak malu,  yang benci, kelakar semua cukup. Ada yang bersungguh-sungguh yang amat sampai sanggup buat acah borang kaji selidik, minta orang yang dia stalk isi. Memang win idea dia.

Aku rasa, pensyarah fizik tu saja je suruh buat benda-benda macam nih untuk melahirkan putik-putik cinta dalam kuliah fizik. heol. Aku tak tahu laa, memang tenaga pengajar fizik selalu pelik-pelik sebab mereka genius atau apa.

Harapnya, semester nih habis dengan kefahaman aku terhadap fizik semakin meningkat. Cinta aku pada fizik juga harapnya semakin menebal. Amiin ^^~

 

114107_340

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s