Jangan buat orang

geram

Hai.

Malam.

Hari nih bagai satu hari yang teramatlah panjang untuk aku tamatkan 24 jam yang Allah bagi. Serius penat. Sibuk kelas. Terkejar ke sana ke mari T_T

Tapi, dalam banyak-banyak benda yang jadi hari nih.. ada satu perkara yang aku belajar. Jangan buat orang macam orang bodoh. Mencarutkah aku? Tapi memang sebal rasa hati nih.

Dah laa kelas habis ikut jadual pukul 7 malam. Pastu sambung sat bincang untuk projek elektrik. Tiba-tiba malam ada member kata aku kena pergi meeting program. Okey. Itu ampun lagi laa. Lepas maghrib, siap-siap acah nak pergi meeting yang acah penting tu.

Sampai aku berlaari kejar bas kat tengah jalan. Sampai library memang meeting dah mula. Benda paling sakai bila nama aku tak ada dalam meeting. WTH ? Haritu beria kata cari orang nak minta tolong bagai.

Okey. Aku acah cool lagi. Yang tak boleh blah masa bahagikan tugasan ikut AJK. Memang confirm nama tak ada. HAHAHA kelakar yang tak lawak. Dalam grup wassap beria suruh pergi. Aku nak je balun Minah tu. Member lain semua dah pandang lain macam.

“Mana nama kau?” “Asal kau tak ada pulak?”

Takat mendidih mula laa nak cecah 100 darjah celcius. Aku tengok Minah tu. Acah bagi hint guna mata. ‘Aku? Apa?’ Dia boleh larikan mata. Bila member tanya direct kat dia, Minah cakap, “Tunggu eh. Jap lagi Minah cakap tugas dia (aku) apa”.

Perati punya perati. Sampai semua umat yang terlibat dah pecah ikut bahagian masing-masing. Aku tercongok sorang. Sampai budak lelaki yang ada kat situ tanya, “Dia (aku) siapa? Ajk mana?”. Over limit dah. Mula sengih sarkastik keluar.

“Oh peserta eh? Kenapa datang meeting? Nak dengar pun boleh je”. Aku mampu keluar sengih munafik (dua muka. dalam hati panas, senyum masih manis. haha). Minah ketawa macam ada Johan Raja Lawak datang. SH** Sumpah tak lawak laa sakai.

Minah blah macam tu je tanpa bagitahu tugas ‘tunggul’ nih apa. Weh, kalau ko dah cukup orang, tak payah acah nak tambah. Memang aku mark laa muka Minah. 2 jam setengah nak ke 3 jam jadi tunggul. Ingat lawak?

Aku pun senyap, perati jauh mana Minah nih nak buat orang macam orang bodoh. Sampai balik! Sampai kat kolej pun dia buat macam dia tak salah. Minah, mungkin aku silap menilai kau. Aku tertanya-tanya kenapa orang dok ‘belai’ kau. Sebab jeles kau tu lawa ke?

Silap rupanya. Perangai tu, yang tak semenggah. Patut semua umat tak nak satu grup dengan kau. Kalau kau tahu, kawan-kawan kau tolak-tolak sebab kalau boleh tanak grup dengan kau, mesti menangis melalak nih.

Boleh pulak member-member Minah yang beria minta maaf. Minah tak rasa salah pun. Aku yang tengah panas, geram tambah emosi tak stabil. Mula setan menghasut macam-macam. Orang cakap laa apa pun dingin tahap ais kat kutub utara nun.

Buat Minah, aku marah kat kau. Tapi nak harap kau sedar sendiri, mungkin payah. Satu je, muka lawa tapi perangai hati perasaan ke laut tak guna. Engkau, baik keluarkan awal-awal list nama yang terlibat. Buang je nama yang tak terlibat, nih tak. tak pasal aku macam gedik sibuk pulak.

Letakkan diri kau, Minah kat tempat aku. Jangan ingat orang tak ada rasa, perasaan. Aku nampak kau guna aset untuk buat kau nampak baik kat mata lelaki, tu tak kesah. Sukahati kau laa Minah. Tapi, tolong jangan buat orang lain macam orang bodoh. Mungkin hari nih kau buat orang, esok lusa nasib kau belum tahu.

Aku cuba nak bersangka baik dengan kau. Walaupun orang cerita dan aku nampak macam-macam, tapi susah bila kau dah buat tahi dengan aku. Kita dah besar laa. Malas nak ajar orang macam aku je pandai. Tak ke mana tak bila kau buat macam nih.

Bukan nak doa tak elok, tapi perangai tu jangan tambah kuota orang tak suka dengan kau. Kasihan Minah nih.

Setelah otak aku boleh fikir rasional, aku ambil langkah keluar grup wassap, sebab aku bukan AJK program. Jadi, tak ada peting nak sibuk tahu. Mungkin kalau jadi fasi pun ada grup fasi sendiri. Kalau laa.. haha rileks je. Aku pun banyak je lagi benda penting menanti.

Penat. Aku tulis sebab nak lepas geram, perasaan. Aku tanak gaduh tarik-tarik rambut bagai. Bila dah luah, tak ada yang terpendam atau dendam, da lega. Aku masih kena menghadap Minah untuk 3 tahun setengah yang akan datang.

Apa yang jadi nih, kira pengalaman aku jadi matang, nak handle emosi, nak uji kesabaran dan ketabahan. Ujian Allah barangkali.

41kjrvuuqcl-_sy300_

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s