selamat tinggal sispa

IMG-20160526-WA0009

berkaca mata hitam itu aiman namanya.

Assalamualaikum.

Aku nak bukak cerita pasal aktiviti koku yang aku join untuk tempoh dua semester nih. Mula-mula aku masuk u, aku nak join suksis -ini case terpengaruh dengan Abangah yang join suksis kat u dia laa nih =.=’ Nampak macam best, dapat duduk dalam kolej, main tembak-tembak, badan jadi fit, blablabla..

Disebabkan aku yang menggunakan cermin mata secara kekal -kalau bukak terus pandangan kosong yang mampu aku bagi- aku secara automatik tidak layak untuk join suksis. Setelah berfikir panjang, aku ajak Sarah aka roommate dan Iqa aka classmate, sekaki dengan aku join sispa -under jpam

Target aku, genggam segulung ijazah sambil dapat pangkat leftenan muda. Hiks. Bila dah 2 semester, aku tarik diri dari sispa. Bukan tak nak, tapi hati aku berbelah bahagi. Serius. Nak join sesama kawan-kawan yang dah sekepala, tapi berat gila hati niih. Dah siap ada geng yang pergi koku sesama, susah senang sama-sama, still tak boleh pujuk hati aku!

tak tahu kenapa, aku berat gila nak join. Mungkin sebab aku nampak diri aku serabut sangat. Lepas tu, bila aku balik ari latihan luar, aku tak redha dengn burnt muka yang teruk amat. Tambah pengalaman yang agak buat aku serik. Sebenarnya, aku tak ikhlas join benda tu.

Aku ingat bila join, peluang duduk dalam kolej macam agak cerah. Tapi tak. Banyak benda yang aku harap, tapi tak macam tu pun jadinya. Sarah pernah cakap kat aku, “Once engkau dah decide untuk join sesuatu, kau kena bagi komitmen yang baik. Jangan merungut atau mengeluh. Kau join atas pilihan kau”. Aku hadam betul-betul ayat dia.

Tanya diri aku, untuk 3 semester seterusnya, ‘tahan ke aku?’ ‘merungut ke tak?”okey ke kalau weekends ada latihan? cuti sem pun ada kem luar?’Soalan-soalan tu berlegar kat dalam otak sampai kadang aku pening sendiri.

Dan, paling utama.. aku minta maaf sebab tak dapat join untuk dapat leftenan muda sama-sama. Sispa best je. Cuma aku yang tak nak sambung, sebab hati aku berat kata tak payah sambung. Walaupun aku tak nampak lagi hikmahnya apa. Aku fikir, aku keluar sebab aku nak susun balik jadual hidup aku untuk semester seterusnya supaya aku tak kelam kabut macam sekarang T_T

IMG-20160428-WA0041

berbaju hitam itu jurulatih kami, pn shena 🙂

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s