Projek yang hambar

IMG-20160517-WA0003
Nak terapung acah-acahnya =.=’

Assalamualaikum 🙂

Setelah sekian lama, aku tak menulis cerita dalam blog yang entahapehape. Jadi, harini.. aku nak story sikit pasal apa yang jadi semester 2 nih. Standard kalau nak habis sem kena buat projek. Projek kumpulan la. Untuk subjek elektrik, aku kena buat projek hasilkan sesuatu yang menggunakan konsep ac dan dc current.

Maka, dengan perasaan yang tak berbelah bahagi. Aku memilih untuk berkumpulan bercampur jantina. Lelaki dan perempuan -pondan dan sebagainya tidak diterima. Acah-acah percaya, ada laa dua orang jejaka jadi teammates aku sekali dengan Iqa. Punya laa beria setiap minggu kitorang buat meeting. Acah laa nak ada proceed pasal projek setiap minggu,

Tempoh kena buat 10 minggu kot. Target aku dengan Iqa, nak siap at least 3-4 minggu sebelum kena present. Punya laa percaya, budak berdua tu dah beli barang dan dah mula projek. Malangnya, bila tiba minggu yang ke 8. Kantoi busuk tak mula apa-apa lagi. Hampeh betul.

Tak boleh laa nak guna alasan, “Aku lelaki, standard laa buat kerja bertangguh”. Wehh ada je lelaki yang aku kenal tak suka tangguh-tangguh kerja nih. Engkau je yang memang malas. Haihh. Dah tu acah-acah pandai tapi tak tahu. Orang dulu-dulu kata, bodoh sombong. Kalau tak tahu, tanya. Ini tidak, tak tahu. Lepas tu, tak nak tanya. Dah terdesak esok kena present malam nih baru kau nak kerah semua tanya orang. Sakai.

Ada seorang classmate aku, Lai nama dia. dah lama weh dia nak tolong group aku. Dia open je kalau nak rujuk kat dia ke, nak tanya apa-apa ke. Tapi, ketua group yang acah hebat nih, langsung tak nak bantuan Lai. Alasan dia, “Perempuan bukan tahu sangat pun”. At least, Lai dah 7 kali try projek dia sampai betul-betul berhasil. Kitorang? Orang lain dah sampai circuit blow 3-4 kali, sekali pun kitorang tak cuba lagi.

Kalau nak cerita berapa banyak keluhan yang dah keluar daripada mulut aku, bebelan yang dah keluar dari mulut Iqa, dah tahap kena reject jadi calon isteri mithali dah T_T Tapi serius memang bagi aku pengajaran yang sungguh-sungguh bermakna. Peringatan yang akan aku jadikan iktibar sampai bila-bila.

Jadi, konklusinya :

  1. Jangan mudah percaya orang bulat-bulat.
  2. Perhati betul-betul dengan siapa kita berurusan sebenarnya.
  3. Pastikan ada plan A, B, C, D, E, F, G … kalau nak selamat.
  4. Update dengan pensyarah setiap minggu. Serius nih.
  5. Jangan jadi orang yang bodoh sombong. Menyusahkan orang lain nanti.
  6. Jangan cepat putus asa. Cuba selagi ada daya

Hidup tak selalunya indah. Kalau sem satu aku rasa free, boleh senang lenang.

Sem dua, hidup tunggang-langgang. Terbalik. Kelam kabut sana sini 😦

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s