Final punya cuak

Assalamualaikum 🙂

Dua hari lepas, tamat laa aku sebagai pelajar tahu satu kos BND. Sepanjang final, aku rasa aku banyak duduk rumah dari duduk bilik sendiri. Bila lagi 2-3 hari nak ada paper, aku balik bilik dengan semangat nak menelaah. Rumah dekat, tu yang tarikan graviti sangat kuat supaya aku sentiasa ada kat rumah bila waktu lapang.

Kesian Timah dengan Sarah, selalu kena tinggal kat bilik. Dang dengan aku, habis paper chow balik rumah. Acah-acah nak release stress sebelum jawab paper yang lain. HAHA. Takpe sekarang semua da mula cuti sem, semua tengah seronok kat rumah 😉

Semester 2 nih aku rasa mencabar. Sangat tu mungkin tak laa. Tapi banyak benda nak kena setel daam satu masa. Program itu ini. Bla bla bla. Acah busy -padahal aku yang minta benda tu semua. Banyak-banyak subjek, paling cuak Fizik dengan Elektrik. Seram sejuk aku sebelum jawab paper tu.

 

IMG-20160628-WA0016
Dari depan ; Nadia, Aimi, Najla, Tasya, Iqa – ya~ya~makin sihat

 

Otak main psiko, “Takpe Najla, jawab je apa yang kau dah belajar. Tenang. Tenang. Ada rezeki tak kemana. Yakin Najla,”. Cuak sebab aku dengan kawan-kawan yang belajar sesama target tak nak jawab soalan force dengan momentum, sekali 2 benda tu lah banyak gila keluar! Amik kau!

Pengajaran yang aku dapat, belajar je semua. Jangan main pilih-pilih. Kalau kena tak pe. Kalau nasib tak berapa nak baik, makan kau tergaru-garu tanpa punca. T_T Masa tu dah terbayang muka mama ayah semua. Tarik nafas dalam-dalam. Mind set. Jawab apa yang terlintas, ada selak sikit-sikit kan. Jangan biar paper tu kosong, bersih!

Sem depan jangan buat perangai Najla. Consistent macam Syera. Study je walaupun sikit.Asal bukak buku. HUHU. Dia sangat tabah dan rajin buat macam tu hari-hari.

Hari-hari yang berbaki ditemani member-member yang dok bagi semangat. Macam-macam quotes diorang bagi. Aku pun bagi jugak. Hee. Yang paling kerap, “Tahan laa sikit je lagi. Final habis, berjimba laa memasing!”.

 

IMG-20160622-WA0003
Sarah bagi 😀
wpid-mtf_fcpot_192
Aku jumpa nih waktu Google haritu, terus bagi diorang. Hee
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s