orang lain pun penat

Assalamualaikum.

Hui.

Selsema yang menyerang, sakit kepala lagi tambah rasa badan sekejap panas sekejap sejuk. Memang tak selesa langsung! Nak demam mungkin 😦

Semalam yang emosi. Semalam yang menyedihkan hati. Semalam yang aku pun tak nak benda tu jadi. Aku bertikam lidah dengan Osman. Osman yang boleh tahan laa ada baiknya, jadi seperti orang hilang akal bila api amarahnya naik.

Takut aku tengok!

Aku marah Osman sebab dia buat benda yang membuatkan orang lain penat. Marah aku tuh aku kumpul. Kumpul sampai hati rasa tak tahan. Bila aku nak meletup, aku lari dari tengok muka si Osman, sebab aku tahu bila aku pun naik hantu, Osman pun naik minyak! Pertimbangan akal waras hilang, aku terkeluar kata-kata yang agak kesat. Perangai macam **** T_T

Osman yang tak boleh disentuh, ditegur, dibawak berbincang dan suka ikut kata hati. Dia  baran sebab panas dengan kata-kata aku. Aku tak bermaksud pun. Cuma geram tahap petala keeelapan! Tak mintak pun jasa aku (tak rasa pun tu jasa LOL) yang ciput tu dikenang sampai mati. Sebab apa yang aku buat bukan sebab dia, tapi sebab orang yang aku sayang.

Tapi Osman, makin lama aku tengok makin sedap je dia buat orang lain penat. Penat dengan kerenah dia. Penat dengan cara dia yang acah bagus. Okey, aku pun tak sempurna mana. Tapi tolong ada belas ihsan. Bila orang minta kerjasama,tolong bagi komitmen. Semua orang ada tanggungjawb sendiri. Jangan laa nampakkan sangat sikap pentingkan diri sendiri.

Kalau asyik nak lepas sendiri, pergi duduk dalam hutan. Jangan campur hidup dengan manusia. Osman. Osman. Bila orang cakap elok-elok, tak jalan. Bila orang tinggi suara, kau sakit hati. Semak betul nak faham kau. Bila kau dah mula merepek tak puas hati, habis semua benda kau ungkit. Siapa yang tak ikhlas sebenarnya? Aku ke engkau?

Kau, Osman. Cara engkau seolah-olah satu dunia kena ikut dan faham 100% kehendak dan kemahuan kau. Tak boleh kata tidak! Kau bukan nak pertimbangkan orang lain punya pendapat, kau fkir kau je.Susah nanti hidup kau kalau macam terus tu. Belajar laa bersabar. Jangan ikut sedap kau je nak cakap orang apa, nak bahasakan orang dan nak berkasar dengan orang. Kau bukan siapa-siapa pun.

Aku serius geram masa tu. Sekarang dah cool down, sebab aku fikir tak ada faedah pun gaduh dengan Osman lama-lama. Nanti jumpa, rasa janggal semacam pulak =.=’

 

To : Osman

Im sorry, I knew that the word just too harsh. Semua orang penat. Bukan aku je. Behave sikit. Tolong jangan buat orang malas dah nak layan kau.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s