apa yang kita nampak, orang lain pun nampak

Salam.

Haritu aku dating jap dengan member sekolah. Dah hampir 3 tahun tinggalkan alam sekolah, dia adalah member yang agak selalu aku jumpa bila cuti bermula. Kawan yang sudah 8 tahun, 5 tahun hidup sama-sama. Kongsi macam-macam cerita. Dari benda yang seronok sampai perkara yang sedih.

Aku dengan dia memang tak banyak benda yang kitorang sekepala. Cara juga berbeza. Tapi boleh berborak banyak benda. Benda yang selalu kitorang share, pasal keadaan diri masing-masing. Life style masing-masing, memandagkan dia kat negara orang.

Sampai satu hari nih, dia bagi pendapat dia pasal crush, minat tanpa sengaja and etc. Waktu tu tajuk bersimpang sikit dari apa yang kitorang selalu kongsi. Jawapan dia memang menggambarkan yang 8 tahun lepas, dia adalah orang yang berbeza dengan waktu sekarang 😀

Dia budak medic, oversea. Market nak diikutkan lagi tinggi laa. So, nak usha anak orang pun, diri sendiri pun hot jugak. Sampai laa dia cerita, ada sorang dua yang agak melengkapi pakej. Berupa, pandai, bergaya, akhlak baik -budak surau laa acah. Dia nampak budak tu maccam nice kalau nak dijadikan member sehidup semati.

Tak laa serius sangat, tapi nice laa kalau dapat dengan orang yang cukup pakej. Kan? Tapi dia cakap, “Najla, bukan aku sorang je yang nampak yang dia tu pakej. Orang lain pun sama jugak.” Then, dia sambung, “Aku nampak dia hensem, orang lin pun nampak jugak. Aku nampak dia rajin, orang lain pun nampak jugak.”

Hahaha aku tak nafikan apa yang member aku cakap.

Tak kira laa. Lelaki atau perempuan, siapa yang tak suka orang yang pakej yang tiptop. Crush atau apa-apa, bukan kita seorang yang nampak good points yang ada dalam diri orang tu.

Ingat. Supaya tak syok sendiri haha.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s