main masak masak

Assalamualaikum

Sepanjang cuti semester nih aktiviti aku banyak di rumah. Jarang-jarang keluar melainkan pergi teman mama amik kakak kat sekolah, pergi melawat/amik ejie dengan adik kat tempat belajar mereka.

Rutin aku sama je.

Setel sikit-sikit kerja rumah. Lepas tu masuk dapur. Malas macamana pun masuk dapur. Wajib! Mama kata, belajar masak bukan sebab kau nak kahwin atau apa. Cukup lepas tahu masak untuk diri sendiri pun okey.

Maka, mula laa pengajian aku belajar masak dari mama. Dari sekecik-kecik benda -cara potong,bersihkan bahan- sehingga ke tumis main masak sampai lauk tu ada rupa, bau dan rasanya. Jangan ingat hari-hari aku kat dapur, semua benda aku terer. Mimpi ah

Aku masih tahap merangkak lagi weh. Padahal lauk tu aku dah cuba masak haritu, minggu depannya aku dah lupa resepi dengan sukatan bahan. Haihhh macam mana laa mama boleh ingat benda tu semua. Banyak pulak tu.

Mama setiap hari encourage aku, katanya ‘Practice makes perfect’. Hahaha. Macam tau-tau je aku nih payah nak hadam segala benda tu. Serius. Masak nih perlukan ketekunan dan kesabaran yag tinggi. Tak sabar, tak rajin, tak jadi bhai lauk tu.

Aku pulak memang jenis banyak tanya. Hahaha mama kata payah nak ajar budak u nih. Heh. Bukan apa, karang memandai jadi lain pulak.

Provokasi yang memenatkan. 😦

Masalah pada rasa laa apa laa. Garam tak cukup, masin sangat, pedas gila. Aigooo kadang down rasa sampai malas nak cuba lagi.

Masak nih penat weh. Macam leceh bila nak kena sediakan bahan-bahan. Sukatan nak kena betul. Pastu nak balance rasa dia lagi. Pastu nak kemas lagi, pada aku setakat sorang boleh je makan luar. Simple.

Satu je aku fikir, aku belajar masak nih untuk mudahkan aku kemudian hari. Kot teringin daging sate ke ayam rendang ke nasi goreng kampung versi mama ke, sebab tu aku kena menuntut ilmu dapur dari mama. Kot dah merantau ke nanti, senang sikit kalau teringin nak makan masakan mama. Sebab aku tahu resepinya hee

Untuk mama,

Kakyang tak sabar nak tunggu bila masanya boleh jadi pro masak macam mama.

Cepat laa aku pandai masak, terer masak! tahap master chef kalau boleh.Hiks 😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s