Tahun 2 bermula

Assalamualaikum. Hai.

Dah masuk bulan 9, bermakna aku dah mula kuliah balik macam biasa. Tahun 2 gais. Mula cabaran baru. Kehidupan baru. Kalau tahun 1, duduk dalam kolej, tahun 2 kena duduk rumah sewa. Tapi aku still kena menapak tunggu bas untuk pergi kuliah. Tapi tak selalu laa sebab member banyak yang berkereta 🙂

Semalam mula satu program ETec, kelab fakulti teknologi kejuruteraan aku. Semalam jugak laa bertungkus-lumus acah je busy sebab aku kena on duty dari 9 pagi sampai 6 petang. 2 program bhaiii kena in charge jadi photographer +.+’

Duty yang tak dirancang, pagi-pagi contact terus cakap aku kena on duty sebab macam tak cukup photographer. Hmm nak kelam kabut pun tak boleh, sebab aku kena menapak pergi kat McD taman u untuk amik bas mayang sari lagi. Nak tak nak kena laa mereka tunggu sampai aku terpacak depan dewan sultan ibrahim tu.

Redha je laa even sau badan penat. Tambah-tambah tangan kanan aku bengkak balik. Haihhh dah tu je yang aku aktif sebab dah tinggalkan sispa. BKE -biro kerohanian&etika- pun gaya dah tak join sekaki sebab dah tak duduk dalam kolej kediaman kan, nak tak nak kena laa cari benda lain.

whatsapp-image-2016-09-06-at-6-03-40-pm

“korang memang dah kenal dari before masuk uthm? sebab rapat sangat je?”. aku sengih, bonding aku dengan wawa  sebab korea gais 😉

Minggu pertama dah habis topik 1, ada assignment dan bahagi kumpulan. Tak sempat nak berehat. Ceh! Sempat je setakat nih belum busy sampai tak cukup kaki dan tangan.

Waktu cuti sem acah tak sabar nak mula kuliah balik, sekarang amik kau. HAHA

whatsapp-image-2016-09-06-at-6-03-33-pm

BND, BNE & BNF. aku, jieha n wawa. department electric & electronic FTK

Betulkan balik fokus, mula sem nih dengan semangat yang baru dan mind-set yang positif! Bak kata tnc hepa semalam, “Belajar belajar dan belajar untuk mengubah masa depan kamu dan nasib keluarga”.

Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah 😀

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s