Erti berlapang dada :)

Assalamualaikum?

Haritu ada seorang kesayangan aku bertanya, “Macamana tak nak ada rasa jeles dengan orang?” Random soalan yang buat aku diam sekejap. Jeles eh? Bila-bila masa perasaan tu boleh singgah, cuma yang penting… macamana kita kendalikan rasa tu supaya tak jadi racun dalam diri kita.

Aku bukan laa orang yang ahli dalam bab menjaga hati dan perasaan. Apalagi bila banyak orang anggap aku nih payah nak berperasaan, kononnya. Tapi aku cuba cakap pasal jeles nih. Supaya aku dan engkau dapat lari sembunyi dari perasaan jeles 😉

Solusi aku satu je.

Berlapang dada.

Berlapang dada sama macam redha. Okay mungkin mudah cakap dari praktikkan. Aku tak nafikan, tapi kenaapa kita tak cuba sebelum mengalah? It’s better late than never,right? So, kita cuba didik hati kita supaya selalu berlapang dada.

Nak berlapang dada macamana?

Aku suka ingatkan ulang-ulang macam kaset kat diri aku yang, “Rezeki yang Allah bagi nih adil lagi saksama. Semua orang merasa rezeki Allah. Yakin itu”.

Mama aku selalu ajar, kalau orang lain dapat sesuatu yang lebih baik dari kita, jangan ada perasaan cemburu tapi kena redha dan berlapang dada. “Ohh.. Itu rezeki dia. Rezeki aku ada lain kali”. 🙂 

Siapa kita nak menilai rezeki orang lain? Kita tak tahu sejauh mana usaha dia untuk dapat rezeki tu. Kita tak tahu penat lelah yang dia hadap untuk melayakkan dia rasa rezeki tu. Macam situasi kat u, belajar sama-sama tapi bila results keluar ada yang tip-top ada yang biasa-biasa. Kat sini peranaan berlapang dada tu amat penting!

Kenapa penting? Supaya hati kita terjaga dari penyakit hati yang salah satunya cemburu.

Ingatan untuk diri aku, jangan pernah rasa sangsi dengan apa yang Allah bagi. Mungkin harini mendung, esok lusa siapa tahu ada pelangi indah?

Bila kita redha dengan apa yang Allah bagi, kita syukuri apa yang kita dapat walaupun sedikit, ada keberkatan dan pelajaran yang Allah nak suruh kita ambil sebenarnya. Yakin, semua yang jadi ada hikmahnya bagi yang membuka mata hati 😀

p/s : untuk kesayangan aku, jeles boleh dibendung. Bila kau melihat apa yang Allah dah bagi pada engkau, dan menunggu dengan sabar dan usaha untuk rezeki akan datang 🙂 saranghae

tumblr_mj3fx0vsha1qi47exo1_400

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s