2k17

Assalamualaikum? 🙂

2k16 dah melabuhkan tirai. Tinggal laa segalanya menjadi kenangan manis, pahit, masam dan masin. Seorang Aiman kini dah menghampiri umur 21 tahun. Masih muda belia, kemuncak muda bak kata ma.

Apa yang aku nak buat 2k17 ni, biar aku yang tahu. Hahaha. Sebab aku jenis kena buat tanpa cakap. Kalau cakap, pastu baru nak buat, alamat memang tak laa aku buat. Kira macam sembang lebat laa gitu.

Semalam, permulaan tahun masihi yang baru. Ma cakap, dah masuk 20-an nih perangai kena matang sikit. Kurang-kurangkan sikit hiburan korea tu. Gambar kat fb, ig semua tu pakai je laa muka sendiri, jangan dok pakai muka Mancek dan adik-beradiknya 😥 Learn to be more mature. Huhuhu dengan berat hati, aku melepaskan gambar Mancek dan segala jenis korea dari sosial media ku.

Banyak sebenarnya yang aku nak capai sebelum umur 24 tahun. Terutamanya kerjaya. Kebanyakan kawan aku dah faham dah, aku memang eager ya ampun nak kerja. Bukan apa, tak sabar nak berjasa pulak. Nih dok terima jasa orang je. Hehehe

Untuk tahun nih, harapannya aku dapat laa buat apa yang aku nak buat. Harapnya semuanya baik-baik saja. 2k17 nih pun member aku memasing kayuh kemain laju, acah cari jodoh memasing. Sebab memasing optimis yang jodoh tu kita kena usaha, baru jumpa. Hahaha. Aku usaha doa je mampu setakat nih. huhu

2k17, mungkin ada yang berbeza. Ada orang yang baru. Cerita yang baru. Suasana yang baru. Semoga redha Allah sentiasa ada untuk aku, engkau dan dia. Kita semua senang cerita.

love,

aimanazari 😀

img-20160709-wa0011

kanan; kakchik,kakyang, abangah

p/s; ni gambar untuk semua profil aku 2k17. permulaan baru acahnya 🙂

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s