Berani berkata ‘TIDAK’

Assalamualaikum 🙂

Tika nih, otak aku agak serabut memikirkan hal yang remeh-temeh tapi dipanjang-panjangkan. Untuk ringankan sikit beban otak aku. Aku mula balik untuk menulis. Meluah rasa, pendapat dan apa yang aku alami.

Pengalaman hidup merantau, tak semestinya tempat kau menuntut ilmu dekat dengan rumah, life lesson kau kurang. Tak sama sekali. Life lesson sentiasa ada, sama ada dengan keluarga sendiri atau orang keliling kau. Serius.

Straight to the point.

Aku diajar supaya lontarkan apa yang aku rasa, pendapat aku dan keputusan aku secara jujur. Tak selok-belok, tak simpang ke mana-mana. Sebarang keputusan yang aku akan lakukan, aku perlu pertimbangkan sebaik-baiknya. Walaupun tak semestinya apa yang aku putuskan tu betul. Huhu

Baik pada sekecil-kecil hal sekalipun. Kalau aku rasa aku tak nak, tak berkenan atau tak minat, aku cakap. Bukan keras kepala, tapi aku rasa setiap orang ada hak untuk berkata tidak. Sebenarnya, hidup nih kita tak boleh paksa orang ikut cara kita. Sangat tak boleh. Pantang!

Banyak hal dalam hidup yang kita perlukan pendirian kita sendiri untuk kita selesaikan perkara itu. Macam aku, aku dikenali dengan orang yang tegas, dan agak lantang bila keluarkan pendapat. Tapi bukan secara tetiba laa. Kalau perkara itu melibatkan aku, aku cakap.

Berkenalan dengan banyak orang, berkawan dengan pelbagai jenis manusia yang didatangkan Allah daripada latar belakang dan cara didikan yang berbeza agak menguji sebenarnya. Untuk memahami sikap, sifat dan kehidupan orang. Lagi-lagi untuk aku yang agak tak suka sibukkan diri aku atas urusan orang lain.

The ‘Tak  Kesah’ person.

Pertama, aku memang tak boleh nak anggap semua orang dididik dengan cara yang sama. Tak. Tapi aku tak suka orang yang jenis cakap belakang bila ada apa-apa yang perlukan kejujuran dia untuk memberikan pandangan atau persetujuan. Bila kau cakap tak kisah, kemudian cakap belakang, aku nak tanya, ‘Kau nih sebenarnya apa? Kau kesahkan?’

Jangan sebab kita nak nampak baik depan mata orang, kita kaburkan orang dengan jawapan ‘Tak kesah’ bila orang tanya. End up, kau cakap kat aku, then suruh aku yang straight macam pembaris nih cakap pendapat ko on behalf kau. Apa benda sebenarnya kau nih? Tengah marah nih 

Kedua, bukan salah pun bila kau dah terlepas cakap ‘tak kesah’ kemudian, ada aral melintang atau kau berat hati atau tak suka sesuatu tu, kau betulkan balik apa yang kau cakap tu sendiri. Maksud aku, bila kau tak boleh atau tak nak buat satu benda tu, cakap aje laa. Bukan kena terkam pun kalau cakap yang betul, daripada kau pendam macam orang tak betul. Aigooo.. aigooo..

Ketiga, kalau tak kisah, jangan ada yang ungkit-ungkit. Tak kesah maksudnya, kau redha atau ayat pasarnya, kau layan je apa nak jadi pun. Bukan tak kesah, tak kesah. Lepas tu, rungut yang kau sebenarnya nak macm nih macam tu.

Nak ramai kawan.

Okay, aku tak nafikan kalau kita bertalam dua muka ,depan lain belakang lain, kita boleh kumpul banyak kawan. ramai orang yang akan suka kawan dengan kita, tambah-tambah kita ada tiket ‘Tak kesah’ lagi. Tapi minta maaf cakap, hipokrit nih dalam Islam sama macam munafik. Tak banyak, tak kurang.

Jadi orang tu, apa kat hati, itu kat mulut.

Ma aku ajar macam tu. Sebabnya, biar kita cakap ‘tak nak’ sekarang daripada masalah timbul di kemudian hari. Takkan rumah dah siap, pahat berbunyi pulak kan? Tak nice dah. Jangan suka bermuka-muka, nanti kau tak tahu yang kau kawan nih sahabat ke musuh.

Biar kawan sikit, tapi valuable.

Susah senang kita dia ada untuk tolong, walaupun tolong dengar aja masalah kita. Bukan masa senang kau cari, lapang sikit kau belai. kalau macam tu, hidup kau akan dikelilingi orang yang lebih kurang perangai macam tu. Serius tak tipu!

Aku berpegang pada pepatah arab :

Berkatalah benar, meskipun pahit.

Bila kita cakap ‘tak’ dari awal, berani mengeluarkan pendapat dan rasa mengikut tempat dan masa yang sesuai. Masalah dapat kita kurangan atau mungkin dapat dielakkan daripada terjadi. Kan?

Makin umur meningkat, aku harap aku makin tabah untuk life lesson seterusnya.

May Allah bless.

🙂

-aimanazari-

e2cec190b7efcfa696dfc336a87c6429

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s