Demam Goblin

Assalamualaikum?

🙂

Sejak bila entah aku sangkut dengan kdrama Goblin nih. Serius. Sangkut habis! Perasaan aku terbuai weh waktu aku layan Goblin nih. Rasa angau seketika. Angau dengan Gong Yoo mungkin tak sangat laa kot, sebab dia bukan taste aku haha.

Aku suka jalan cerita, pemandangan dalam cerita tu yang cantik dan nampak macam dalam movie even sebenarnya Goblin nih kdrama yang jenis ber-episode ko nak habiskan. Perasaan gadis terawang-awangan bhaii. Hahaha lagi-lagi bila kau dengar soundtrack untuk Goblin nih. Semua memang sesuai amat laa dengan jiwa feminist aku.

Aku memang suka lagu yang slow-mellow nih. Yang boleh buai jiwa aku melayang jauh. Fikiran aku tetiba jadi daydreaming dan night thinker disebabkan aku dengar ost Goblin yang mendayu-dayu nih. Serius sedap lagu-lagu dia.

Boleh kira macam ko tengah berangan ko berchenta kejap bila ko dengar lagu Beautiful life. Then, ko rasa macam baru clash waktu ko dengar lagu I Miss You. Hahaha angau betulkan aku nih?

Ingat lagi waktu sekolah menengah dulu, aku ada habit pelik sikit laa kira macam hobi orang tua. Aku suka dengar lagu-lagu instrumental. Aku layan lagu instrumental tu dari sekolah menengah sampai ke zaman matriks. Mungkin sebbab masa tu aku duduk jauh dari family so perasaan aku agak halus untuk dengar lagu-lagu rancak.

So, aku prefer lagu-lagu instrumental dan slow. Memang sakit laa siapa yang duduk sebilik dengan aku. Masa degree nih pun sama. Sarah selalu tegur yang aku suka sangat dengar lagu slow. Hahaha nasib dia laa sampai semester 3 duduk dengan aku, dengar lagu-lagu slow.

Aku percaya setiap orang ada taste muzik memasing. Mungkin aku agak tua dari usia kot haha. Sebab tu kadang-kadang aku lagi suka aku sorang kat bilik, sebab citarasa lagu aku haru weh. Buat ko yang semangat nak bukak buku boleh jadi tarik selimut naik katil balik hehe. Tiada paksaan pun ko yang satu bilik dengan aku nak dengar lagu yang aku dengar, lagi-lagi aku jenis jarang pakai earphone sebab nak jaga telinga kononnya 😛

Cuma, bila aku dengar ost Goblin, nih dia ada satu perasaan yang berbunga-bunga dan sedih dalam masa yang sama. entah laa. Lama weh tak rasa macam tu. Last rasa macam tu pun dah tak ingat bila. Bak kata Farahanim laa.. Kadang lagu dia buat kita rasa nak nangis dan senyum dalam waktu yang sama. Parah bukan?

Dan, antara penyanyi yang aku suka suara dan ost yang mereka nyanyikan antaranya, Ailee, Soyou SISTAR, Punch, Crush, Gummy eh Gummy takde ost Goblin.. ahhhh banyak laa tapi suara-suara mereka nih memang kena dengan jiwa dan perasaan aku.

So sorry. Taste aku luar alam mungkin 😉

Senang kata Goblin nih kira Chamsarang aku laa 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s