Buatkan kerja orang

7deeea21fdef8a474be925cc7930955a

Assalamualaikum?

Kawan, aku tahu dalam hidup tak semua yang kita mahu, kita dapat. Tak semua yang kita rancang, jadi dengan jayanya. Kadang-kadang, kita perlu sabar dan redha dengan apa yang terjadi untuk sedapkan hati dan bangkit dari mimpi ngeri.

Budaya suruh orang buatkan kerja kau nih aku rasa dah biasa. Dah basi dah pun. Tapi aku nak cakap jugak pasal benda nih. Sebab aku nak ingatkan diri aku sebenarnya, yang aku kena bertanggungjawab atas kerja aku sendiri. Jangan harapkan orang lain!

Dari aku sekolah, sampai laa ke menara gading, hal buatkan kerja orang tak pernah surut. Kadang aku terfikir, kalau nak berkat hidup, nak Allah permudahkan urusan kau, kenapa suruh orang lain siapkan kerja kau? Ye tak?

Aku ada laa pengalaman dengan makhluk-makhluk yang suruh orang buat kerja dia dengan tiket ‘Minta Tolong’. Konsep minta tolong nih baik sebenarnya, yang jadi tak baik, bila kau dah terdesak tak siap kerja kau, kau minta orang siapkan tanpa fikir orang tu sibuk ke tak nak layan kau. Tempoh masa kerja tu kena siapkan kau buat apa? Hmmm?

Pengalaman aku, esok aku ada test, kuiz segala presentation… Tetiba wassap masuk, suruh aku setelkan kerja dia. Nak atau tak, aku kena buat sebab benda tu nak kena bentang esok pagi. Bila ingat-ingat balik, berasapnya ya ampun!!!

Kerja setel last minute.

Okay, tak semua orang boleh istiqamah buat kerja sikit-sikit lama-lama boleh siap. Ramai sebenarnya anak muda yang fikir senang, walaupun aku buat kerja last minute mesti setel punya on time! Wehhhh kalau tak babitkan orang lain tak pe. Ini tak, dengan aku sekali ko lanyak minta tolong dengan pe’el last minute ko. Haihhhh

Aku ada seorang kawan. Dia pernah cakap kat aku, “dalam kita bekerja secara berkumpulan, tak semua orang nak buat kerja. Kadang tu kita terpaksa buatkan kerja dia sebab dia tak nak buat atau tak sempat nak buat, alasannya. Bila dah besar nih, semua sebenarnya tahu tugas dan tanggungjawab masing-masing, diorang pun tak suka dipaksa. Nak tak nak, kita kena laa buatkan juga kerja orang dengan niat, bila aku susah nanti ada laa orang lain yang tolong aku”.

Betul apa yang dia kata. Benda tu boleh sejukkan hati yang panas membara. Haha. Cuma manusia nih ada had, dan bukan senang nak berlapang dada dengan apa yang kita kena hadap. Mungkin, sekali dua boleh lagi. Bila dah selalu, aku rasa dia pun meletup jugak hahaha.

Bertanggungjawab atas diri sendiri.

Zaman tadika lagi mualimah dah ajar sikap tanggungjawab nih penting. Jangan mudah rasa selesa dengan anggap, bila aku susah, nanti ada laa orang yang tolong aku. Salah tu. Kena pegang konsep, Kerja aku, biar aku setel. Bukan harap orang setelkan, sebab ini memang dah tanggungjawab aku. 

Nak cerita pasal tanggungjawab karang lagi panjang lebar pula. 😛

May Allah bless 🙂

aimanazari

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s