Kawan tanpa syarat

14506342f41bfb01

Assalamualaikum.

Aku dengan ma berborak pasal pasangan ideal, nak cari macam mana. Ye laa acah umur dah masuk stok-stok nak kena ada ‘kawan’ kekeke. Padahal suka je sensorang lagi dari berdua sebab aku jenis tak berkomitmen sangat dengan strangers.

Sebenarnya topik aku nih merangkumi semua, bukan setakat nak cari partner je kena kawan tanpa syarat, nak cari member yang boleh stay masa kita susah pun kena yang tanpa syarat, ye tak? Sebab sekarang pun kebanyakkan manusia attach dengan sesama manusia yang lain bila ada kepentingan peribadi je *ini realiti ok?*

Ma cakap, bila kita berkawan dengan orang.. kita boleh rasa yang kita nih ada chemistry tak dengan dia. Bukan chemistry yang boleh buat kita melekat dengan dia macam belangkas, tak. Tapi chemistry yang bila kita takde, dia cari. Bila dia takde kita tertanya-tanya, apa jadi dengan dia.

Chemistry yang buat kita senang bila dia ada, bila takde kita rindu. Payah bukan nak jumpa member yang macam tu? Percaya atau tak, ada bebrapa orang yang buat aku jatuh rindu nak jumpa mereka lagi huhuhu. Anda tahu diri anda 🙂

Tanpa syarat maksud aku, kita kawan takde sebab atas kepentingan masing-masing. Takde pendam rasa atas kelebihan masing-masing, tapi lagi rasa happy kalau kau dapat sesuatu yang menggembirakan. Walaupun terpisah jarak dan waktu, kawan masih tetap kawan. Meskipun kia banyak beza, tapi atas asbab kita kawan, kita masih berhubung antara satu sama lain. Sibuk macam mana sekalipun.

Ma tambah, macam tu jugak kita cari partner hidup yang bukan untuk sehari dua tapi untuk dunia dan akhirat. Kalau boleh cari orang yang boleh stay dengan kita tanpa syarat, tak kira masa susah atau senang, dia tetap ada. Tapi tu laa kan. Bukan mudah nak cari the one yang boleh stay gitu.

Bila aku tengok kebanyakkan orang kawan sebab suka-suka dan nak amik kesempatan atas kemewahan seseorang, tak semena-mena aku jadi sangat berhati-hati. Bukan apa, mencegah lebih baik dari mengubati kan? Kalau boleh, aku tak nak laa kawan dengan orang untuk amik kesempatan atas diri dia. Apa yang dia ada, bukan untuk aku tapi untuk dia. Nama pun masih belajar bukan dah bekerja.

Ejie cakap haritu, kaunselor dia cakap kat dalam kelas yang umur 21 ke atas dah boleh survey orang. Hahaha berdekah je kalau tengok realiti, bukan senang weh. Lagi sekarang banyak perempuan mula sambar dulu. Stok-stok baik pulak shy shy cat acah minta kena ayat dulu. Haru laaa spesis macam aku yang clueless lagi tak berapa open-minded nak mulakan langkah pertama.

Sudah nya, aku masih mahu bahagia melayan korea dan kerja yang menimbun-nimbun saban hari. Mampu menanti orang yang sudi datang nak berkawan tanpa syarat kekeke.

aimanazari_20022017

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s