Doploh satu – me

Assalamualaikum ?

🙂

Pertama syukur sebab masih hidup, Allah masih bagi aku peluang untuk aku hidup sampai sekarang ni.

Kedua, terima kasih tak terhingga atas semua ucapan dan doa daripada korang, awak dan semua sekali. Semoga doa tu berbalik pada awak, semoga redha Allah sentiasa bersama kita semua 😀

Ketiga, untuk aku yang dah 21.

Tulisan ini aku tuju buat kau, yang masih mencari-cari jalan untuk membina diri sendiri. Semoga terus kuat dan istiqamah mengejar cita-cita dan impian. Semoga terus melangkah ke hadapan demi membina kehidupan yang lebih baik. Aku doakan kau selalu berusaha untuk baiki diri kau dari masa ke semasa 🙂

Semoga apa yang terjadi semalam, kelmarin dan yang sudah menjadi memori hidup itu kekal sebagai pelajaran untuk kau terus kuat dan matang. Jangan putus asa! Jangan mudah mengalah! Jalan yang kau tengah lalui ini ada Allah bersama kau. Ada keluarga yang terus menyokong tanpa jemu.

Semoga redha Allah sentiasa dengan kau. Semoga Allah permudahkan urusan kau. Semoga tercapai segala cita-cita dan impian 🙂

Keempat, untuk kau.

Kau yang hadir dalam hidup aku. Yang memberi warna warni mencorak memori aku. Terima kasih! Harapnya, hadir kau akan sentiasa ada untuk aku. Walaupun perjalanan hidup aku masih jauh :’)

Kelima, untuk masa depan ku.

Nantikan aku dengan sabar. Insya-Allah, aku cuba untuk mencerahkan kau. Membuat kau boleh menabur bakti sebanyak mana yang kau mahu. Semoga kau terus cerah dan indah menunggu aku datang untuk merealitikan kau.

🙂

aimanazari. 21.

Advertisements

2k17

Assalamualaikum? 🙂

2k16 dah melabuhkan tirai. Tinggal laa segalanya menjadi kenangan manis, pahit, masam dan masin. Seorang Aiman kini dah menghampiri umur 21 tahun. Masih muda belia, kemuncak muda bak kata ma.

Apa yang aku nak buat 2k17 ni, biar aku yang tahu. Hahaha. Sebab aku jenis kena buat tanpa cakap. Kalau cakap, pastu baru nak buat, alamat memang tak laa aku buat. Kira macam sembang lebat laa gitu.

Semalam, permulaan tahun masihi yang baru. Ma cakap, dah masuk 20-an nih perangai kena matang sikit. Kurang-kurangkan sikit hiburan korea tu. Gambar kat fb, ig semua tu pakai je laa muka sendiri, jangan dok pakai muka Mancek dan adik-beradiknya 😥 Learn to be more mature. Huhuhu dengan berat hati, aku melepaskan gambar Mancek dan segala jenis korea dari sosial media ku.

Banyak sebenarnya yang aku nak capai sebelum umur 24 tahun. Terutamanya kerjaya. Kebanyakan kawan aku dah faham dah, aku memang eager ya ampun nak kerja. Bukan apa, tak sabar nak berjasa pulak. Nih dok terima jasa orang je. Hehehe

Untuk tahun nih, harapannya aku dapat laa buat apa yang aku nak buat. Harapnya semuanya baik-baik saja. 2k17 nih pun member aku memasing kayuh kemain laju, acah cari jodoh memasing. Sebab memasing optimis yang jodoh tu kita kena usaha, baru jumpa. Hahaha. Aku usaha doa je mampu setakat nih. huhu

2k17, mungkin ada yang berbeza. Ada orang yang baru. Cerita yang baru. Suasana yang baru. Semoga redha Allah sentiasa ada untuk aku, engkau dan dia. Kita semua senang cerita.

love,

aimanazari 😀

img-20160709-wa0011

kanan; kakchik,kakyang, abangah

p/s; ni gambar untuk semua profil aku 2k17. permulaan baru acahnya 🙂