berhenti dakwah?

Assalamualaikum.

Malam tadi jam 11.30 malam aku tamat membaca coretan seorang pemuda yang bernama Teme. Pelukis Jalanan. Serius awesome. Sampai mama pun recommend buku tu untuk bagi sesiapa untuk baca. Pengajaran hidup yang ada sangat berguna.

Personally, aku suka bila baca part Teme waktu buat A-level tapi dia pergi belajar agama setiap hujung minggu dan agak amik ringan subjek A-level sebab rasa benda tu tak diaplikasikan pun dalam kehidupan harian.

Cita-cita Teme nak jadi ustaz tu win. Serius kena pada batang hidung aku!

front-COVER-Pelukis-Jalanan-500x500

Belajar di sekolah yang background agama. Pengaruh untuk ceburkan diri dalam bidang agama pun kuat. Pernah satu masa, dalam report book kena tulis tiga cita-cita. Waktu tu, otak aku sangat tertumpu pada bidang agama. Pensyarah bidang agama, Peguam Syariah dengan Ustazah. Itu yang aku tulis.

Waktu tu sekolah menengah laa. Aku amik sains agama, sebab acah-acah nak banyak bidang boleh aku apply masa UPU nanti. Heh. Sampai ada satu hari, aku kena kondem dengan seorang hamba Allah. Aku ingat ayat dia, “Awak budak sains. Kenapa setakat nak jadi ustazah?”. Darah muda aku tersirap. Salah ke aku nak jadi ustazah? Low class ke?

Sampai laa SPM dah hampir, aku tatau nak aim apa sebenarnya. Banyak kekangan yang membantutkan semangat nak belajar secara serius ketika itu. Aku punya berkobar-kobar nak jadi pendakwah sebab acah pendakwah je yang macam senang nak buat pahala. Aku hilang minat untuk berkobar dalam bidang sains.

Bila aku sambung matriks, naik ke degree. Aku baru bukak mata. Iman dan Islam bukan pada kerjaya. Jadi apa pun kalau caranya betul, ikut Islam insya Allah elok jadinya. Aku dah move on dari fikiran budak aku, aku perlu jadi manusia yang dapat berbakti kepada mama ayah famili dan agama Islam.

Apa pun bidang, kalau hidup kita ikut Islam insya Allah baik. Yakin dengan Allah. Aku pun masih belajar untuk terima yang aku masih dalam bidang sains -fizik, bukan sains biologi (sebab aku budak bio waktu matriks).

Takpe laa. Sekurang-kurangya, Allah tahu bidang apa yang lebih sesuai. Lebih baik untuk aku. Walaupun berat mulanya, aku paksa, aku cabar diri aku untuk bawak jugak sains fizik. Tak mati pun bawak bidang yang kita tak perah terfikir akan masuk. Susah memang ada, tapi nak senang kemudian hari.. kena laa belajar susah sekarang 😀

Advertisements