Selamat Merantau !

IMG_7135

Assalamualaikum .

Sekarang , sudah tiba masanya budak lepasan SPM tempuh alam 18 tahun yang sebenar . HAHA Welcome to the club , guys! Maka , aku teramat laa teruja bila tahu ke mana mereka bertebaran untuk sambung pengajian . Ada yang pergi matrikulasi , universiti , kolej , tingkatan 6 dan ada yang masih bekerja 🙂 Begini sebenarnya , semua tu adalah rezeki masing-masing . 

Jangan main sedih-sedih la kalau tak dapat upu  ( macam aku ==’ ) atau apa-apa yang kita impikan . Rileks laa . Yakinlah dengan janji Allah dan rezeki-Nya . Yang penting kita dah merancang dan berdoa . Soal dapat ke tak tu , lain punya cerita . Aku pun, kalau tak ada orang yang bagi motivasi dan sokongan ( seperti Mama , Ayah dan adik-beradik ) aku pun hilang arah juga . Ye laa . Setakat baru habis SPM , tahu apa laa sangatkan 😀 Banyak lagi yang perlu dipelajari sebenarnya . hehe .

Jadi , perkara yang kita kena sedia untuk hidup sekarang adalah :

1. Jadi orang kena realistik . Mahu tau laa apa yang diri nih sesuai dan boleh bawak . Senang kata , kenal diri sendiri . Cerita kalau nak gempak aje tapi tak minat atau tak boleh bawak , tak jadi juga . haha . Dan kalau da dapat yang gempak pulak , jangan mengalah sebelum cuba . Kasi cuba dulu la , baru boleh komen . hehe .

2. No perasaan jiwang-geli-geleman . hewhew . Abangah kata , “Masa belajar , belajar betul-betul . Jangan dok penuhkan otak dengan benda lain . Pakwe-pakwe tu buang jauh-jauh dulu ” . haha . Macam lawak je . Erk , Mama kata dia sayang adik-adik dia , sebab tu ingatkan benda tu banyak kali . Rasanya lebih 88 kali da dengar skrip tu . haha 😛

3. Mind-set kena power la . Jelas , lepas nih aku nak jadi apa . Nak kerja apa . Nak sambung mana . Segala yang sewaktu dengannya gitu . Supaya bila belajar nanti ada semangat yang tahap nak pergi perang . Belajarkan kira jihad jugak kannn , sebab tu tak boleh main-main lagi . Amik serius sikit ! heee

4. Waktu tengah sambung belajar nanti , rajin-rajin laa join usrah ke majlis ilmu ke .. macam kat sekolah dulu la . Supaya tak hanyut terus terbabas gitu . Kira kalau nak diri selamat , kena laa join jemaah . Supaya ada yang mengingatkan kita tatkala lupa diri. hehe . Itu pesanan Kak Dila , Kak Shieda , Kak Wan dengan Cikgu Megat 🙂

5. Pandai berkawan gitu . Jangan menilai orang kalau tak suka dinilai . Senang kan . haha . Kawan dengan semua orang , tapi ikut apa yang baik , buang apa yang buruk . Kitakan Allah dah anugerahkan akal fikiran untuk digunakan , maka guna laa sebaik-baiknya ^^

6. Berdiri di atas kaki sendiri . Berdikari macam biasa . Pandai urus diri . Bijak bawa diri . Erkk tambah sikit , pandai setel masalah sendiri dan kawal emosi . hehe .

Lain-lain , macam duduk hostel je kot . haha 😀 Mudah nak faham , kita yang mencorak kehidupan kita sendiri . Tapi, Allah yang mengizinkan dan tentukan apa yang terbaik untuk kita . Tugas kita , taat , usaha , doa dan tawakal . Selebihnya , mau topup dengan amal-amal la.. hehe .

Di kesempatan ini , aku nak ucap tahniah kat member semua sebab dah ada hala tuju masing-masing . Tak kesah laa course apa atau buat apa sekarang , asal korang sambung belajar . Itu pun dah syukur rahmat 🙂 Buat yang masih tertanya nak ke mana , mungkin Allah tangguhkan sementara waktu untuk gantikan yang lebih baik untuk kalian ^^ Jangan gelabah ok . Bukan ambilan pertama , mungkin kedua atau ketiga . Siapa tahu kan?

Semoga Allah permudahkan segala urusan dan beri kejayaan untuk kita semua di dunia dan di akhirat kelak . Insya Allah . Amin 🙂

x

Advertisements

Ke Perak Ke Kita ?

Assalamualaikum .

Matrikulasi sesi 2014/2015 keluar hari nih . Semua kawan gaya teruja aje nak pergi sambung belajar semula setelah sekian lama memegang jawatan sebagai ‘SPM-Leaver’ . Samalah macam aku . Untung sikit yang ada banyak aktiviti yang nak dilakukan dalam masa berbulan-bulan nih . Kalau tak , meh la join lepak sekaki menanam anggur sambil berlatih membuat kerja-kerja rumah . Sanggup ? HAHA .

Alhamdulillah , pendek ceritanya . Aku dapat masuk matrikulasi . Dekat Perak nun . Jauh la juga daripada Johor , tempat tinggal sekarang (kampung halaman Mama) . Dan tiba-tiba sangkut pula rezeki di Perak (kampung halaman Ayah) . Nampak tak kat situ ? Hikmah yang Allah nak tunjuk . Dapat balik kampung kat Kuala Kangsar 😀 !

Walaupun nak diikutkan yang masa sekolah dulu pun jauh kemain , yang nih pun jauh juga . Aku memang kena belajar hidup merantau la . Kalau sebelum nih ada warden dan peraturan yang ketat . Lepas nih , kena urus sendiri la . Nak bangun subuh dah tak ada bunyi siren . Sakit-sakit , setel sendiri . huhu T_T

Tapi , benda yang paling penting . Kena take serious la dengan belajar . Tak boleh nak main-main , huha-huha-tak-tentu-arah-bagai . Fokus kena kuat , usaha pun sama . Tambah-tambah lagi bab-bab urusan cinta dengan Allah . Sebab jauh dari famili kan , bak kata Kak Dila , “Allah ada untuk jaga”. Sweet gitu 🙂

Maaf juga buat Kak Shieda , hajat tak kesampaian nak melawan waktu hujung minggu deh . Tak ada rezeki kat KMJ 😦 . Tak pe la . Mungkin lain kali kot . Time Kak Shieda buat makan-nasi-minyak ke ? HEHE 😛

bljo

Sebab aku nak pergi matrikulasi .

1# Nak sambung belajar .

Memang nak sambung belajar daripada buang masa . Salah satu jalan nak cepat ambil degree dengan masuk matrikulasi dulu . Walaupun orang kata susah , tapi memang belajar apa pun tak ada yang senang . Ye tak ?

2# Rasa syukur .

Tak semua orang yang mohon dapat . Jadinya , ini satu peluang . Hargai , dan cuba buat yang terbaik . Kita usaha , Allah yang tentukan 🙂

3# Boleh buat kaum dengan budak-budak Iskandar .

Ramai je member sekepala yang sangkut kat tempat yang sama . Cuma tak tahu la mereka pergi atau pun tidak . Ayat yang sama , nak tunggu UPU dulu macam mana . Kat sana nanti , jumpa dengan Ain Chanteq , Dalila , kot ada Atiara, Syaza, Anizah, Irdina, Nasyira, Pieqa dan Lydia sekali . HAHA 😀 Ramai kan boleh jadi geng balik kampung ?

Lagipun , abangah kata matrikulasi nih ok je . Syaratnya , pandai jaga diri dan belajar betul-betul . Kot kalau asasi nanti , takut tak sedia lagi nak ambil bidang tu . Senang cerita , terpulang pada diri sendiri la nak ambil peluang yang mana 😀

kartun-jilbab-laptop-notebook-tablet-appel-acer-toshiba-sony-avio-walkman-kopi-smart-it-gambar-programmer-belajar-cerdas-sekolah-cartoon-muslimah-hijab

Insya Allah , kalau panjang umur . Jumpa kat sana . 🙂