Buatkan kerja orang

7deeea21fdef8a474be925cc7930955a

Assalamualaikum?

Kawan, aku tahu dalam hidup tak semua yang kita mahu, kita dapat. Tak semua yang kita rancang, jadi dengan jayanya. Kadang-kadang, kita perlu sabar dan redha dengan apa yang terjadi untuk sedapkan hati dan bangkit dari mimpi ngeri.

Budaya suruh orang buatkan kerja kau nih aku rasa dah biasa. Dah basi dah pun. Tapi aku nak cakap jugak pasal benda nih. Sebab aku nak ingatkan diri aku sebenarnya, yang aku kena bertanggungjawab atas kerja aku sendiri. Jangan harapkan orang lain!

Dari aku sekolah, sampai laa ke menara gading, hal buatkan kerja orang tak pernah surut. Kadang aku terfikir, kalau nak berkat hidup, nak Allah permudahkan urusan kau, kenapa suruh orang lain siapkan kerja kau? Ye tak?

Aku ada laa pengalaman dengan makhluk-makhluk yang suruh orang buat kerja dia dengan tiket ‘Minta Tolong’. Konsep minta tolong nih baik sebenarnya, yang jadi tak baik, bila kau dah terdesak tak siap kerja kau, kau minta orang siapkan tanpa fikir orang tu sibuk ke tak nak layan kau. Tempoh masa kerja tu kena siapkan kau buat apa? Hmmm?

Pengalaman aku, esok aku ada test, kuiz segala presentation… Tetiba wassap masuk, suruh aku setelkan kerja dia. Nak atau tak, aku kena buat sebab benda tu nak kena bentang esok pagi. Bila ingat-ingat balik, berasapnya ya ampun!!!

Kerja setel last minute.

Okay, tak semua orang boleh istiqamah buat kerja sikit-sikit lama-lama boleh siap. Ramai sebenarnya anak muda yang fikir senang, walaupun aku buat kerja last minute mesti setel punya on time! Wehhhh kalau tak babitkan orang lain tak pe. Ini tak, dengan aku sekali ko lanyak minta tolong dengan pe’el last minute ko. Haihhhh

Aku ada seorang kawan. Dia pernah cakap kat aku, “dalam kita bekerja secara berkumpulan, tak semua orang nak buat kerja. Kadang tu kita terpaksa buatkan kerja dia sebab dia tak nak buat atau tak sempat nak buat, alasannya. Bila dah besar nih, semua sebenarnya tahu tugas dan tanggungjawab masing-masing, diorang pun tak suka dipaksa. Nak tak nak, kita kena laa buatkan juga kerja orang dengan niat, bila aku susah nanti ada laa orang lain yang tolong aku”.

Betul apa yang dia kata. Benda tu boleh sejukkan hati yang panas membara. Haha. Cuma manusia nih ada had, dan bukan senang nak berlapang dada dengan apa yang kita kena hadap. Mungkin, sekali dua boleh lagi. Bila dah selalu, aku rasa dia pun meletup jugak hahaha.

Bertanggungjawab atas diri sendiri.

Zaman tadika lagi mualimah dah ajar sikap tanggungjawab nih penting. Jangan mudah rasa selesa dengan anggap, bila aku susah, nanti ada laa orang yang tolong aku. Salah tu. Kena pegang konsep, Kerja aku, biar aku setel. Bukan harap orang setelkan, sebab ini memang dah tanggungjawab aku.Β 

Nak cerita pasal tanggungjawab karang lagi panjang lebar pula. πŸ˜›

May Allah bless πŸ™‚

aimanazari

Berani berkata ‘TIDAK’

Assalamualaikum πŸ™‚

Tika nih, otak aku agak serabut memikirkan hal yang remeh-temeh tapi dipanjang-panjangkan. Untuk ringankan sikit beban otak aku. Aku mula balik untuk menulis. Meluah rasa, pendapat dan apa yang aku alami.

Pengalaman hidup merantau, tak semestinya tempat kau menuntut ilmu dekat dengan rumah, life lesson kau kurang. Tak sama sekali. Life lesson sentiasa ada, sama ada dengan keluarga sendiri atau orang keliling kau. Serius.

Straight to the point.

Aku diajar supaya lontarkan apa yang aku rasa, pendapat aku dan keputusan aku secara jujur. Tak selok-belok, tak simpang ke mana-mana. Sebarang keputusan yang aku akan lakukan, aku perlu pertimbangkan sebaik-baiknya. Walaupun tak semestinya apa yang aku putuskan tu betul. Huhu

Baik pada sekecil-kecil hal sekalipun. Kalau aku rasa aku tak nak, tak berkenan atau tak minat, aku cakap. Bukan keras kepala, tapi aku rasa setiap orang ada hak untuk berkata tidak. Sebenarnya, hidup nih kita tak boleh paksa orang ikut cara kita. Sangat tak boleh. Pantang!

Banyak hal dalam hidup yang kita perlukan pendirian kita sendiri untuk kita selesaikan perkara itu. Macam aku, aku dikenali dengan orang yang tegas, dan agak lantang bila keluarkan pendapat. Tapi bukan secara tetiba laa. Kalau perkara itu melibatkan aku, aku cakap.

Berkenalan dengan banyak orang, berkawan dengan pelbagai jenis manusia yang didatangkan Allah daripada latar belakang dan cara didikan yang berbeza agak menguji sebenarnya. Untuk memahami sikap, sifat dan kehidupan orang. Lagi-lagi untuk aku yang agak tak suka sibukkan diri aku atas urusan orang lain.

The ‘Tak Β Kesah’ person.

Pertama, aku memang tak boleh nak anggap semua orang dididik dengan cara yang sama. Tak. Tapi aku tak suka orang yang jenis cakap belakang bila ada apa-apa yang perlukan kejujuran dia untuk memberikan pandangan atau persetujuan. Bila kau cakap tak kisah, kemudian cakap belakang, aku nak tanya, ‘Kau nih sebenarnya apa? Kau kesahkan?’

Jangan sebab kita nak nampak baik depan mata orang, kita kaburkan orang dengan jawapan ‘Tak kesah’ bila orang tanya. End up, kau cakap kat aku, then suruh aku yang straight macam pembaris nih cakap pendapat ko on behalf kau. Apa benda sebenarnya kau nih? Tengah marah nihΒ 

Kedua, bukan salah pun bila kau dah terlepas cakap ‘tak kesah’ kemudian, ada aral melintang atau kau berat hati atau tak suka sesuatu tu, kau betulkan balik apa yang kau cakap tu sendiri. Maksud aku, bila kau tak boleh atau tak nak buat satu benda tu, cakap aje laa. Bukan kena terkam pun kalau cakap yang betul, daripada kau pendam macam orang tak betul. Aigooo.. aigooo..

Ketiga, kalau tak kisah, jangan ada yang ungkit-ungkit. Tak kesah maksudnya, kau redha atau ayat pasarnya, kau layan je apa nak jadi pun. Bukan tak kesah, tak kesah. Lepas tu, rungut yang kau sebenarnya nak macm nih macam tu.

Nak ramai kawan.

Okay, aku tak nafikan kalau kita bertalam dua muka ,depan lain belakang lain, kita boleh kumpul banyak kawan. ramai orang yang akan suka kawan dengan kita, tambah-tambah kita ada tiket ‘Tak kesah’ lagi. Tapi minta maaf cakap, hipokrit nih dalam Islam sama macam munafik. Tak banyak, tak kurang.

Jadi orang tu, apa kat hati, itu kat mulut.

Ma aku ajar macam tu. Sebabnya, biar kita cakap ‘tak nak’ sekarang daripada masalah timbul di kemudian hari. Takkan rumah dah siap, pahat berbunyi pulak kan? Tak nice dah. Jangan suka bermuka-muka, nanti kau tak tahu yang kau kawan nih sahabat ke musuh.

Biar kawan sikit, tapi valuable.

Susah senang kita dia ada untuk tolong, walaupun tolong dengar aja masalah kita. Bukan masa senang kau cari, lapang sikit kau belai. kalau macam tu, hidup kau akan dikelilingi orang yang lebih kurang perangai macam tu. Serius tak tipu!

Aku berpegang pada pepatah arab :

Berkatalah benar, meskipun pahit.

Bila kita cakap ‘tak’ dari awal, berani mengeluarkan pendapat dan rasa mengikut tempat dan masa yang sesuai. Masalah dapat kita kurangan atau mungkin dapat dielakkan daripada terjadi. Kan?

Makin umur meningkat, aku harap aku makin tabah untuk life lesson seterusnya.

May Allah bless.

πŸ™‚

-aimanazari-

e2cec190b7efcfa696dfc336a87c6429

Erti berlapang dada :)

Assalamualaikum?

Haritu ada seorang kesayangan aku bertanya, “Macamana tak nak ada rasa jeles dengan orang?” Random soalan yang buat aku diam sekejap. Jeles eh? Bila-bila masa perasaan tu boleh singgah, cuma yang penting… macamana kita kendalikan rasa tu supaya tak jadi racun dalam diri kita.

Aku bukan laa orang yang ahli dalam bab menjaga hati dan perasaan. Apalagi bila banyak orang anggap aku nih payah nak berperasaan, kononnya. Tapi aku cuba cakap pasal jeles nih. Supaya aku dan engkau dapat lari sembunyi dari perasaan jeles πŸ˜‰

Solusi aku satu je.

Berlapang dada.

Berlapang dada sama macam redha. Okay mungkin mudah cakap dari praktikkan. Aku tak nafikan, tapi kenaapa kita tak cuba sebelum mengalah? It’s better late than never,right? So, kita cuba didik hati kita supaya selalu berlapang dada.

Nak berlapang dada macamana?

Aku suka ingatkan ulang-ulang macam kaset kat diri aku yang, “Rezeki yang Allah bagi nih adil lagi saksama. Semua orang merasa rezeki Allah. Yakin itu”.

Mama aku selalu ajar, kalau orang lain dapat sesuatu yang lebih baik dari kita, jangan ada perasaan cemburu tapi kena redha dan berlapang dada. “Ohh.. Itu rezeki dia. Rezeki aku ada lain kali”. πŸ™‚Β 

Siapa kita nak menilai rezeki orang lain? Kita tak tahu sejauh mana usaha dia untuk dapat rezeki tu. Kita tak tahu penat lelah yang dia hadap untuk melayakkan dia rasa rezeki tu. Macam situasi kat u, belajar sama-sama tapi bila results keluar ada yang tip-top ada yang biasa-biasa. Kat sini peranaan berlapang dada tu amat penting!

Kenapa penting? Supaya hati kita terjaga dari penyakit hati yang salah satunya cemburu.

Ingatan untuk diri aku, jangan pernah rasa sangsi dengan apa yang Allah bagi. Mungkin harini mendung, esok lusa siapa tahu ada pelangi indah?

Bila kita redha dengan apa yang Allah bagi, kita syukuri apa yang kita dapat walaupun sedikit, ada keberkatan dan pelajaran yang Allah nak suruh kita ambil sebenarnya. Yakin, semua yang jadi ada hikmahnya bagi yang membuka mata hati πŸ˜€

p/s : untuk kesayangan aku, jeles boleh dibendung. Bila kau melihat apa yang Allah dah bagi pada engkau, dan menunggu dengan sabar dan usaha untuk rezeki akan datang πŸ™‚ saranghae

tumblr_mj3fx0vsha1qi47exo1_400

Jangan buat orang

geram

Hai.

Malam.

Hari nih bagai satu hari yang teramatlah panjang untuk aku tamatkanΒ 24 jam yang Allah bagi. Serius penat. Sibuk kelas. Terkejar ke sana ke mari T_T

Tapi, dalam banyak-banyak benda yang jadi hari nih.. ada satu perkara yang aku belajar. Jangan buat orang macam orang bodoh. Mencarutkah aku? Tapi memang sebal rasa hati nih.

Dah laa kelas habis ikut jadual pukul 7 malam. Pastu sambung sat bincang untuk projek elektrik. Tiba-tiba malam ada member kata aku kena pergi meeting program. Okey. Itu ampun lagi laa. Lepas maghrib, siap-siap acah nak pergi meeting yang acah penting tu.

Sampai aku berlaari kejar bas kat tengah jalan. Sampai library memang meeting dah mula. Benda paling sakai bila nama aku tak ada dalam meeting. WTH ? Haritu beria kata cari orang nak minta tolong bagai.

Okey. Aku acah cool lagi. Yang tak boleh blah masa bahagikan tugasan ikut AJK. Memang confirm nama tak ada. HAHAHA kelakar yang tak lawak. Dalam grup wassap beria suruh pergi. Aku nak je balun Minah tu. Member lain semua dah pandang lain macam.

“Mana nama kau?” “Asal kau tak ada pulak?”

Takat mendidih mula laa nak cecah 100 darjah celcius. Aku tengok Minah tu. Acah bagi hint guna mata. ‘Aku? Apa?’ Dia boleh larikan mata. Bila member tanya direct kat dia, Minah cakap, “Tunggu eh. Jap lagi Minah cakap tugas dia (aku) apa”.

Perati punya perati. Sampai semua umat yang terlibat dah pecah ikut bahagian masing-masing. Aku tercongok sorang. Sampai budak lelaki yang ada kat situ tanya, “Dia (aku) siapa? Ajk mana?”. Over limit dah. Mula sengih sarkastik keluar.

“Oh pesertaΒ eh? Kenapa datang meeting? Nak dengar pun boleh je”. Aku mampu keluar sengih munafik (dua muka. dalam hati panas, senyum masih manis. haha). Minah ketawa macam ada Johan Raja Lawak datang. SH** Sumpah tak lawak laa sakai.

Minah blah macam tu je tanpa bagitahu tugas ‘tunggul’ nih apa. Weh, kalau ko dah cukup orang, tak payah acah nak tambah. Memang aku mark laa muka Minah. 2 jam setengah nak ke 3 jam jadi tunggul. Ingat lawak?

Aku pun senyap, perati jauh mana Minah nih nak buat orang macam orang bodoh. Sampai balik! Sampai kat kolej pun dia buat macam dia tak salah. Minah, mungkin aku silap menilai kau. Aku tertanya-tanya kenapa orang dok ‘belai’ kau. Sebab jeles kau tu lawa ke?

Silap rupanya. Perangai tu, yang tak semenggah. Patut semua umat tak nak satu grup dengan kau. Kalau kau tahu, kawan-kawan kau tolak-tolak sebab kalau boleh tanak grup dengan kau, mesti menangis melalak nih.

Boleh pulak member-member Minah yang beria minta maaf. Minah tak rasa salah pun. Aku yang tengah panas, geram tambah emosi tak stabil. Mula setan menghasut macam-macam. Orang cakap laa apa pun dingin tahap ais kat kutub utara nun.

Buat Minah, aku marah kat kau. Tapi nak harap kau sedar sendiri, mungkin payah. Satu je, muka lawa tapi perangai hati perasaan ke laut tak guna. Engkau, baik keluarkan awal-awal list nama yang terlibat. Buang je nama yang tak terlibat, nih tak. tak pasal aku macam gedik sibuk pulak.

Letakkan diri kau, Minah kat tempat aku. Jangan ingat orang tak ada rasa, perasaan. Aku nampak kau guna aset untuk buat kau nampak baik kat mata lelaki, tu tak kesah. Sukahati kau laa Minah. Tapi, tolong jangan buat orang lain macam orang bodoh. Mungkin hari nih kau buat orang, esok lusa nasib kau belum tahu.

Aku cuba nak bersangka baik dengan kau. Walaupun orang cerita dan aku nampak macam-macam, tapi susah bila kau dah buat tahi dengan aku. Kita dah besar laa. Malas nak ajar orang macam aku je pandai. Tak ke mana tak bila kau buat macam nih.

Bukan nak doa tak elok, tapi perangai tu jangan tambah kuota orang tak suka dengan kau. Kasihan Minah nih.

Setelah otak aku boleh fikir rasional, aku ambil langkah keluar grup wassap, sebab aku bukan AJK program. Jadi, tak ada peting nak sibuk tahu. Mungkin kalau jadi fasi pun ada grup fasi sendiri. Kalau laa.. haha rileks je. Aku pun banyak je lagi benda penting menanti.

Penat. Aku tulis sebab nak lepas geram, perasaan. Aku tanak gaduh tarik-tarik rambut bagai. Bila dah luah, tak ada yang terpendam atau dendam, da lega. Aku masih kena menghadap Minah untuk 3 tahun setengah yang akan datang.

Apa yang jadi nih, kira pengalaman aku jadi matang, nak handle emosi, nak uji kesabaran dan ketabahan. Ujian Allah barangkali.

41kjrvuuqcl-_sy300_

R.A.D.H.A

Assalamualaikum .

Guys . Erk pelik di situ . Sebenarnya aku sudah menjejakkan kaki di bumi Perak tatkala aku menulis enrti ini . Bumi Addin Shah dan Benz Alif . Juga merangkap bumi Carl Duke Adam dan Nur Akasyah -nye . HAHA Aku dah mula masuk dalam dunia khayalan sensorang tetengah malam nih pulak .

Orang kata kat matriks tak sempat nak baca novel pun sebenarnya. Sama la dengan aku. huhu Tapi, aku culik novel Kakak untuk jadi sumber inspirasi . Nak bawak semua cerita yang ade kait dengan Negeri Darul Ridzuan nih , memang buat berat beg je la. Disebabkan aku baru je habes sekolah menengah dan sambung matriks, aku pilih novel yang perjalanannya lebih kurang gitu. Jadi, novel ‘Relevankah Aku di Hatimu’ menjadi pilihan πŸ™‚

image

Tak baca pun, sekadar hiasan di meja belajar. Penyuntik semangat. Nak macam tu jugak. Tapi, bukan sekadar angan-angan Mat Jenin. Walaupun kadang kala orang tak laa pandang sangat budak matriks nih.. tak kesah la. Yang penting aku tau jalan mana akan aku corakkan hidup aku untuk sepuluh tahun akan datang. Pada aku la. Matriks nih ok je selagi mana kita ada rasa nak belajar πŸ™‚

Tak kira laa macam mana bagus atau tak keputusan masa sekolah dulu, kat sini.. semua orang sama. Mula balik dari kosong. Belajar semula sama-sama. Saat di mana semua orang berkejar cari pelindung diri, untuk bina kerjaya dan kehidupan akan datang. Pensyarah Biology aku selalu kata, ‘mana ada belajar senang’. “Kalau awak nak senang cepat, cuba pergi masjid dan bawak tabung. Tengok, ada tak manusia yang hulur sedekah pada orang yang sihat walafiat macam awak.”

Tersentap seketika. Banyak pula ceritanya. Dah masuk Ramdhan nih… Masih belum pulang ke rumah terchenta. Raya nanti baru balik. Adat penuntut ilmu memang begitu.. Ramadham pertama, sambut dengan member sekolah, tapi berbuka di Kafe Mama je. Nah, gambar.
image

image

Dan Ramadhan yang kesepuluh sambut dengan mereka. Iftar jamaie di Masjid Maghfirah, KMPk πŸ™‚

image

Masih orang yang sama.

KMPk :’)

Assalamualaikum .

Pertama , aku memang da malas-sibuk yang amat sampai blog pun da tak de hape benda yang baru . Sudah 2 minggu hidup di Matrikulasi Perak . Dengan trade-mark ‘Peace Yeob!’ yang di laung-laungkan sejak aku bergelar warga KMPk .Β 

Setakat nih masih boleh bernyawa dengan kerja yang bertimbun dan demam yang asyik main aci nyorok dengan aku .hmmpppp. Program yang setahun ni laa yang menguji kesabaran dan ketahanan mental dan fizikal aku. Ermmm tapi… haritu sempat keluar jalan-jalan dengan budak matriks, merangkap kawan sekolah dan ade yang baru je kenal . Tapi, semua adalah orangJohor yang tak dapat nak balik sebab jauh… T_T

Kat sini aku belsjar erti hidup. Dari pengalaman para pensyarah dan segala benda yang aku nampak. ∩__∩ Penasihat akademik aku selalu cakap, “sekali awak da buat keputusan, jangan pernah patah balik. walaupun susah macam mana sekalipun. fikir, apa yang awak buat nih untuk membina siapa diri awak 10 tahun akan datang.pilihan pada tangan awak,betul. tapi, awak nak hidup senang sekarang kemudian susah esok atau awak nak guna pepatah; bersusah-susah dahulu , bersenang kemudian?”

Jadi, kesimpulannya… tiada jalan mudah untuk hidup senang. Maka, belajar dan berjuang dalam hidup untuk menentukan siapa aku untuk sepuluh tahun akan datang! Fighting! πŸ™‚

image

*ini gambar lama, zaman form 2 kalau tak salah. hee

Selamat Merantau !

IMG_7135

Assalamualaikum .

Sekarang , sudah tiba masanya budak lepasan SPM tempuh alam 18 tahun yang sebenar . HAHA Welcome to the club , guys! Maka , aku teramat laa teruja bila tahu ke mana mereka bertebaran untuk sambung pengajian . Ada yang pergi matrikulasi , universiti , kolej , tingkatan 6 dan ada yang masih bekerja πŸ™‚ Begini sebenarnya , semua tu adalah rezeki masing-masing .Β 

Jangan main sedih-sedih la kalau tak dapat upu Β ( macam aku ==’ ) atau apa-apa yang kita impikan . Rileks laa . Yakinlah dengan janji Allah dan rezeki-Nya . Yang penting kita dah merancang dan berdoa . Soal dapat ke tak tu , lain punya cerita . Aku pun, kalau tak ada orang yang bagi motivasi dan sokongan ( seperti Mama , Ayah dan adik-beradik ) aku pun hilang arah juga . Ye laa . Setakat baru habis SPM , tahu apa laa sangatkan πŸ˜€ Banyak lagi yang perlu dipelajari sebenarnya . hehe .

Jadi , perkara yang kita kena sedia untuk hidup sekarang adalah :

1. Jadi orang kena realistik . Mahu tau laa apa yang diri nih sesuai dan boleh bawak . Senang kata , kenal diri sendiri . Cerita kalau nak gempak aje tapi tak minat atau tak boleh bawak , tak jadi juga . haha . Dan kalau da dapat yang gempak pulak , jangan mengalah sebelum cuba . Kasi cuba dulu la , baru boleh komen . hehe .

2. No perasaan jiwang-geli-geleman . hewhew . Abangah kata , “Masa belajar , belajar betul-betul . Jangan dok penuhkan otak dengan benda lain . Pakwe-pakwe tu buang jauh-jauh dulu ” . haha . Macam lawak je . Erk , Mama kata dia sayang adik-adik dia , sebab tu ingatkan benda tu banyak kali . Rasanya lebih 88 kali da dengar skrip tu . haha πŸ˜›

3. Mind-set kena power la . Jelas , lepas nih aku nak jadi apa . Nak kerja apa . Nak sambung mana . Segala yang sewaktu dengannya gitu . Supaya bila belajar nanti ada semangat yang tahap nak pergi perang . Belajarkan kira jihad jugak kannn , sebab tu tak boleh main-main lagi . Amik serius sikit ! heee

4. Waktu tengah sambung belajar nanti , rajin-rajin laa join usrah ke majlis ilmu ke .. macam kat sekolah dulu la . Supaya tak hanyut terus terbabas gitu . Kira kalau nak diri selamat , kena laa join jemaah . Supaya ada yang mengingatkan kita tatkala lupa diri. hehe . Itu pesanan Kak Dila , Kak Shieda , Kak Wan dengan Cikgu Megat πŸ™‚

5. Pandai berkawan gitu . Jangan menilai orang kalau tak suka dinilai . Senang kan . haha . Kawan dengan semua orang , tapi ikut apa yang baik , buang apa yang buruk . Kitakan Allah dah anugerahkan akal fikiran untuk digunakan , maka guna laa sebaik-baiknya ^^

6. Berdiri di atas kaki sendiri . Berdikari macam biasa . Pandai urus diri . Bijak bawa diri . Erkk tambah sikit , pandai setel masalah sendiri dan kawal emosi . hehe .

Lain-lain , macam duduk hostel je kot . haha πŸ˜€ Mudah nak faham , kita yang mencorak kehidupan kita sendiri . Tapi, Allah yang mengizinkan dan tentukan apa yang terbaik untuk kita . Tugas kita , taat , usaha , doa dan tawakal . Selebihnya , mau topup dengan amal-amal la.. hehe .

Di kesempatan ini , aku nak ucap tahniah kat member semua sebab dah ada hala tuju masing-masing . Tak kesah laa course apa atau buat apa sekarang , asal korang sambung belajar . Itu pun dah syukur rahmat πŸ™‚ Buat yang masih tertanya nak ke mana , mungkin Allah tangguhkan sementara waktu untuk gantikan yang lebih baik untuk kalian ^^ Jangan gelabah ok . Bukan ambilan pertama , mungkin kedua atau ketiga . Siapa tahu kan?

Semoga Allah permudahkan segala urusan dan beri kejayaan untuk kita semua di dunia dan di akhirat kelak . Insya Allah . Amin πŸ™‚

x

Step by Step la

Assalamualaikum .

Rasanya aku tak la pakar mana nak cakap pasal perancangan hidup segala . Aku pun masih terumbang-ambing juga mencari arah yang betul . Kali nih ada sebab tersendiri aku buat entri ‘Step by Step’ . Sekarang adalah zaman yang sangat la maju kalau nak dibandingkan zaman batu dulu .

images (1)

Kahwin Muda .

Hari nih aku rasa dah terlalu banyak cerita budak tak habis sekolah dah kahwin . Tak kira la nikah gantung ke tak , yang aku tahu mereka terlalu muda . Baya aku mungkin , dan banyak je yang lebih muda dari aku . Soalan yang aku kalau boleh nak tanya , “Kenapa kahwin awal sangat ?” HAHA *hanya tersimpan dalam hati je la*

Barangkali jodohnya datang lebih awal dari apa yang disangka . Kalau cerita bab-bab berkeluarga dalam famili , soalan yang mama selalu ajukan , “Dah sedia dah nak bagi seluruh hidup dalam perkahwinan ? Nak ada komitmen yang bukan sekejap-sekejap tapi untuk seumur hidup ?” *semua diam dan memikir semula* πŸ™‚ Ligat memikir yang kami…

1.Masih perlukan mak ayah .

Perkataan nikah membawa makna yang besar . Cukup sampai situ . Setakat umur aku yang baru 18 tahun , tahu apa la sangat pasal realiti hidup . Nak makan pun masih minta kat mak ayah . Itu maknanya , kita hidup masih memerlukan mak ayah untuk keperluan hidup , untuk didik dan bimbing kita mana yang betul dan tak . Bukan main redah je ikut suka hati. Tak molek , ok?

2.Masa depan jauh lagi .

Umur pun muda . Belajar pun kadang tak habis lagi . Jangan kata pasal belajar , ada yang sekolah pun belum tamat dah berumahtangga . ==” Adik , orang zaman sekarang berlumba-lumba nak belajar tinggi melangit . Itu bukan sebab sibuk nak kejar dunia tapi untuk hidup kat dunia nih , kita perlukan bekalan untuk menampung makan dan minum kita . Contoh bekalannya adalah ilmu .

3.Ilmu penting untuk back-up diri .

Dengan ilmu la seseorang itu boleh berjaya . Ilmu juga membuat si bodoh jadi pandai , dan si miskin jadi kaya . Faham ? Dan ilmu juga laa yang membuatkan orang menghormati kita . Kalau kita hidup tanpa ilmu , kita nak bergantung pada siapa ? Orang lain? Belum tentu dia akan tanggung kita sampai mati .

4.Perlu buka minda seluas-luasnya .

Takut ‘Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari’ . Mengerti ? Aku bukan skeptikel sangat bab nih , tapi bila kita berfikir panjang sambil buat kira-kira , kita akan tahu realitinya . Hidup bukan sekadar suka-suki-sukahati-aku . Lebih dari itu . Macam tu juga dengan pernikahan , bukan setakat menghalalkan yang haram dan nak hepi-hepi . Nikah itu membina umat Rasulullah . Bila fikir balik , mendalam maknanya .

—-> Untuk yang belum bernikah *macam aku* hehe πŸ˜‰

Sama-sama kita fikir betul-betul . Tanya la berulang kali , “Betul ke aku boleh hadap komitmen hidup berumahtangga nih?” Kot kalau rasa macam dah mantap segala segi (pelajaran -kerjaya-dah boleh berkongsi-ada hati nak kahwin- agama dah ok) *kira setel semua la. Tak pun majoriti yang penting tu da bersih , ok je untuk teruskan niat di hati πŸ˜€

Peluang perlu dicari

Assalamualaikum .

Sihat ? haha πŸ˜€

Selepas berakhirnya SPM , tiga bulan berehat . Ada yang pergi menjadi wira dan wirati negara dan tak kurang yang kerja dan mengambil lesen . Kata mudahnya , semua orang sibuk dengan hal masing-masing . Cuma sibuknya aku hanya di rumah . Masih memegang jawatan yang sama . HAHA

Berlalu je 3 bulan . Keputusan keluar . Terus dah kena fikir , ‘Ke mana hala tuju aku?’ walaupun cuak 😦 Cerita nak hidup , kan? Aku pun ikhtiar je cari peluang kat mana-mana yang ada . “Yang penting , minat nak sambung belajar,” kata abangah . Usaha je , dapat ataupun tak , itu kerja Allah . Right ?

Untitled-1

Persaingan sengit kot .

Seorang kawan aku cakap , “Aku malas la nak pergi iv tu .” Dengan pantas aku balas . “Weh , sekarang bukan senang tau nak sambung belajar . Pergi je la . Cuba nasib . Rezeki tu Allah yang tentukan , yang penting kita usaha dan cuba .”

Ingat , kita seorang yang menolak . Beribu yang menunggu peluang tuh . *serius*

Tak tahu hala tuju .

Waktu aku mula-mula dapat tahu results SPM yang agak so-so je tu . Aku pun tertanya-tanya . Nak pergi mana ? Nak sambung apa ? Dan bila aku text Kak Wan Najihah , Kak Dila dan kakak aku sendiri . Benda pertama yang mereka cakap pada aku , “Bersangka baiklah pada Allah SWT . Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita .” Β πŸ™‚

Kata-kata diorang macam air sejuk yang mengalir menenangkan perasaan . Even mama pun sama . Mama cakap , SPM itu hanya tiket untuk sambung belajar . Di mana atau course apa , kita perlu cari dan usaha . Jangan duk tunggu macam buah tak gugur . Dan bila nampak orang lain dapat sambung belajar , rasa down tahap giga .

Kata-Semangat

Trust Allah .

Benda yang penting sekali adalah balik kepada yang asas . Beriman kepada Allah . Aku pun kadang-kadang hanyut juga . Syok sangat dengan benda yang ntahapehape tu buat aku jauh . Tambah , iman nih spesis yang turun-naik-turun-naik macam yo-yo kan . Jadi , saat terumbang-ambing nih , rebut peluang . Untuk bicara dan rapat dengan Allah .

Sebab , saat semua perkara membuatkan kita buntu dan keliru , Allah membentangkan jalan yang luas untuk membantu taanpa jemu . Senang kata , jangan putus harapan , jangan putus doa πŸ™‚

No hard feeling

404863_318888074803218_210424388982921_1176882_1502053198_n

 

 

Assalamualaikum .

Mama selalu pesan , kat dunia tak ada benda yang senang dan mudah . *deep*

Ingat lagi masa jadi budak hostel . Member selalu je kata , “Kau punya hidup macam tak ada masalah kan? Happy je semedang”. ha-ha.

Siapa kata?

Mana ada manusia yang hidup kat dunia nih tak ada masalah . Ada je . Cuma bezanya , sama ada orang tahu ataupun tak . Itu je .

Apa yang mama ajar , masalah tuh memang akan ada . Tak boleh nak lari . Tapi , apa yang penting adalah macam mana cara kita nak atasi masalah tuh . Bukannya boleh duduk diam macam tunggu buah tak gugur .

Fikir .

Apa yang boleh aku usahakan untuk selesaikan masalah nih .

Apa solusinya ?

Nak cerita pada orang , memang tak laa . Sebab orang kadang-kadang bukannya faham pun apa yang kita cerita . Kadang tuh lagi berat masalah sebab kesalahan dilemparkan pada diri kita . Kan ?

Jadi , pergantungan yang sebenar sekiranya kita ada masalah ataupun tak… adalah pada Allah SWT . Cukup . Mengadu pada Dia . Minta tolong pada Dia . Tak akan rugi . Serious talk .

Untuk aku , aku belajar nak survive dalam hidup . Dengan jadi matang dari usia . Buat pekak je apa orang nak kata . Even tak boleh nak nafikan hati tu kadang-kala terluka . Eh?

πŸ™‚