4 tahun yang panjang

waktu.jpg

Assalamualaikum?

Hi πŸ™‚

Nak meroyan kejap. Kejap je. Lately, aku ada sorang kenalan yang tak rapat. Yang tetiba je hadir dan menyampaikan hasrat hatinya untuk berkawan dengan aku.First impression aku, “Pehal tetiba pulak ni ?”. Serius aku hambar tahap giga.

Sebab kehambaran tu berleluasa adalah, aku tak sedia untuk benda macam tu. Tak sedia nak ada orang yang acah-acah caring tetiba semua benda kena cerita dengan dia, even dia punya effort sangat laa boleh menemui takat lebur hati aku.

Tapi, satu benda dia tatau, yang aku punya pengalaman luas dalam ayat pencairan hati perempuan. Dia, bukan laa lelaki yang pertama yang tetiba hadir dan cakap perkara yang pelik-pelik. Sejarah aku dengar ayat yang pelik-pelik nih dah lama dah sebenarnya, cuma belum ada yang pelik tahap ajak aku nikah HAHAHA. Dia antara yang berani cakap tujuan nak kenal dengan aku, kalau boleh mahu jadikan aku isteri dia.

Perasaan kau yang tengah baca sekarang apa? Rasa sweet ke lol? hahaha aku berkerut jugak bila dia cakap macam tu. Eh kau, kau kenal ke aku siapa baik noh nak peristerikan aku? Macam lawak gila tahap otak aku tak boleh nak cerna. Serius.

Memang aku akui, aku nak orang yang datang pada aku sebab aku jenis yang malu plus tak yakin nak take the first step, tapi wehhhh the real situation sangat laa buat aku rasa LOL tahap 3x10kuasa8 . Jujur aku cakap, aku tak percaya. Susah nak percaya dan musykil yang amat laa tinggi melangit.

So, aku tanya kawan-kawan aku yang mungkin jugak kawan-kawan dia. Aku tanya, dorang kenal tak, dia ni macamana orangnya. Walaupun aku rasa dia nih LOL tapi, aku kena tolak-ansur jugak. Sebab aku fikir macam ni. Kita tak tahu bagaimana Allah aturkan jodoh kita, betul?

Boleh jadi apa yang kita suka, tak baik untuk kita. Dan, apa yang kita tak suka, sebenarnya itu laa yang terbaik untuk kita. So, aku play safe kawan dengan dia since kawan yang baik lagi rapat dengan aku cakap dia ni okay, baik. Banyak jugak manusia yang aku tanya untuk tahu dia ni macamana, suapaya aku boleh menilai sama ada boleh ke next step atau tidak.

Aku couple ke dengan dia? Tak. Since aku hanya boleh dalam zone berkawan dan suai kenal tu buat aku lagi selesa dengan dia dari couple. Sejenis aku, nampak je acah melayan, tapi aku realisik. Insya-Allah masih realistik. Aku takut nak amik risiko untuk percaya orang yang entahapehapentah. Takut sembang dah lebat beria, tetiba berjodoh dengan orang lain. Siapa tahu kan?

Cara aku, selagi mak ayah dia tak datang rumah bawak cincin untuk aku, aku tak percaya. Bunyi macam kejam kan? Tapi aku perlu ada mind-set macam tu supaya takde harapan yang menggunung untuk orang yang kita tak pasti betul ke tidak dia ni jodoh kita dunia dan akhirat. Lagipun, aku nak pilih kawan susah senang aku, ayah dan idola anak-anak aku, imam keluarga aku dan segala laa. Maka, aku punya pilihan mahu orang yang bagaimana untuk melengkapkan kehidupan dunia dan akhirat aku.

Aku tak cakap aku nih bagus ke apa, baik noh nak memilih bagai. Tak, sebab aku ada 1001 kekurangan yang hanya keluarga dan orang terdekat je yang nampak, sebab tu aku nak peneman yang boleh melengkapkan kekurangan aku. Apa yang kau nampak dengan mata kasar, itu pada dasarnya sahaja. Puting beliung aku, hangin satu badan aku, rajuk aku, sikap aku yang kerap lupa, kau belum tahu dan belum pernah nampak.

Kalau kau dah nampak, aku yakin kau mesti fikir balik apa yang kau cakap kat aku. Hasrat hati kau akan kau pendam balik sebelum kau luahkan, betul tak? Hahaha. Setiap bait manis yang terucap, memang kedengaran indah, tapi kita kena berpijak di bumi yang nyata. Kita bukan duduk kat atas kayangan. Aku fikir, semua tu sebab kau belum dapat, dah dapat masih sama ke ayat? Sama ke layanan? Tahan ke untuk hadap aku, untuk 50-60 tahun paling lama?

Maaf, aku terlalu realistik hingga seakan-akan bersangka yang bukan-bukan sebelum apa-apa terjadi. Maaf, aku sejenis yang suka fikirkan keburukan dahulu daripada keseronokkan akan datang. Kalau sepanjang 4 tahun ini kau masih ada, masih dengan kata-kata kau, masih dengan keyakinan kau, silakan datang jumpa family aku pada waktu yang sesuai. Bila ada hitam-putih antara kita, baru aku bukak hati untuk kau.

080517

Advertisements

Doploh satu – me

Assalamualaikum ?

πŸ™‚

Pertama syukur sebab masih hidup, Allah masih bagi aku peluang untuk aku hidup sampai sekarang ni.

Kedua, terima kasih tak terhingga atas semua ucapan dan doa daripada korang, awak dan semua sekali. Semoga doa tu berbalik pada awak, semoga redha Allah sentiasa bersama kita semua πŸ˜€

Ketiga, untuk aku yang dah 21.

Tulisan ini aku tuju buat kau, yang masih mencari-cari jalan untuk membina diri sendiri. Semoga terus kuat dan istiqamah mengejar cita-cita dan impian. Semoga terus melangkah ke hadapan demi membina kehidupan yang lebih baik. Aku doakan kau selalu berusaha untuk baiki diri kau dari masa ke semasa πŸ™‚

Semoga apa yang terjadi semalam, kelmarin dan yang sudah menjadi memori hidup itu kekal sebagai pelajaran untuk kau terus kuat dan matang. Jangan putus asa! Jangan mudah mengalah! Jalan yang kau tengah lalui ini ada Allah bersama kau. Ada keluarga yang terus menyokong tanpa jemu.

Semoga redha Allah sentiasa dengan kau. Semoga Allah permudahkan urusan kau. Semoga tercapai segala cita-cita dan impian πŸ™‚

Keempat, untuk kau.

Kau yang hadir dalam hidup aku. Yang memberi warna warni mencorak memori aku. Terima kasih! Harapnya, hadir kau akan sentiasa ada untuk aku. Walaupun perjalanan hidup aku masih jauh :’)

Kelima, untuk masa depan ku.

Nantikan aku dengan sabar. Insya-Allah, aku cuba untuk mencerahkan kau. Membuat kau boleh menabur bakti sebanyak mana yang kau mahu. Semoga kau terus cerah dan indah menunggu aku datang untuk merealitikan kau.

πŸ™‚

aimanazari. 21.

2k17

Assalamualaikum? πŸ™‚

2k16 dah melabuhkan tirai. Tinggal laa segalanya menjadi kenangan manis, pahit, masam dan masin. Seorang Aiman kini dah menghampiri umur 21 tahun. Masih muda belia, kemuncak muda bak kata ma.

Apa yang aku nak buat 2k17 ni, biar aku yang tahu. Hahaha. Sebab aku jenis kena buat tanpa cakap. Kalau cakap, pastu baru nak buat, alamat memang tak laa aku buat. Kira macam sembang lebat laa gitu.

Semalam, permulaan tahun masihi yang baru. Ma cakap, dah masuk 20-an nih perangai kena matang sikit. Kurang-kurangkan sikit hiburan korea tu. Gambar kat fb, ig semua tu pakai je laa muka sendiri, jangan dok pakai muka Mancek dan adik-beradiknya πŸ˜₯ Learn to be more mature. Huhuhu dengan berat hati, aku melepaskan gambar Mancek dan segala jenis korea dari sosial media ku.

Banyak sebenarnya yang aku nak capai sebelum umur 24 tahun. Terutamanya kerjaya. Kebanyakan kawan aku dah faham dah, aku memang eager ya ampun nak kerja. Bukan apa, tak sabar nak berjasa pulak. Nih dok terima jasa orang je. Hehehe

Untuk tahun nih, harapannya aku dapat laa buat apa yang aku nak buat. Harapnya semuanya baik-baik saja. 2k17 nih pun member aku memasing kayuh kemain laju, acah cari jodoh memasing. Sebab memasing optimis yang jodoh tu kita kena usaha, baru jumpa. Hahaha. Aku usaha doa je mampu setakat nih. huhu

2k17, mungkin ada yang berbeza. Ada orang yang baru. Cerita yang baru. Suasana yang baru. Semoga redha Allah sentiasa ada untuk aku, engkau dan dia. Kita semua senang cerita.

love,

aimanazari πŸ˜€

img-20160709-wa0011

kanan; kakchik,kakyang, abangah

p/s; ni gambar untuk semua profil aku 2k17. permulaan baru acahnya πŸ™‚

 

main masak masak

Assalamualaikum

Sepanjang cuti semester nih aktiviti aku banyak di rumah. Jarang-jarang keluar melainkan pergi teman mama amik kakak kat sekolah, pergi melawat/amik ejie dengan adik kat tempat belajar mereka.

Rutin aku sama je.

Setel sikit-sikit kerja rumah. Lepas tu masuk dapur. Malas macamana pun masuk dapur. Wajib! Mama kata, belajar masak bukan sebab kau nak kahwin atau apa. Cukup lepas tahu masak untuk diri sendiri pun okey.

Maka, mula laa pengajian aku belajar masak dari mama. Dari sekecik-kecik benda -cara potong,bersihkan bahan- sehingga ke tumis main masak sampai lauk tu ada rupa, bau dan rasanya. Jangan ingat hari-hari aku kat dapur, semua benda aku terer. Mimpi ah

Aku masih tahap merangkak lagi weh. Padahal lauk tu aku dah cuba masak haritu, minggu depannya aku dah lupa resepi dengan sukatan bahan. Haihhh macam mana laa mama boleh ingat benda tu semua. Banyak pulak tu.

Mama setiap hari encourage aku, katanya ‘Practice makes perfect’. Hahaha. Macam tau-tau je aku nih payah nak hadam segala benda tu. Serius. Masak nih perlukan ketekunan dan kesabaran yag tinggi. Tak sabar, tak rajin, tak jadi bhai lauk tu.

Aku pulak memang jenis banyak tanya. Hahaha mama kata payah nak ajar budak u nih. Heh. Bukan apa, karang memandai jadi lain pulak.

Provokasi yang memenatkan. 😦

Masalah pada rasa laa apa laa. Garam tak cukup, masin sangat, pedas gila. Aigooo kadang down rasa sampai malas nak cuba lagi.

Masak nih penat weh. Macam leceh bila nak kena sediakan bahan-bahan. Sukatan nak kena betul. Pastu nak balance rasa dia lagi. Pastu nak kemas lagi, pada aku setakat sorang boleh je makan luar. Simple.

Satu je aku fikir, aku belajar masak nih untuk mudahkan aku kemudian hari. Kot teringin daging sate ke ayam rendang ke nasi goreng kampung versi mama ke, sebab tu aku kena menuntut ilmu dapur dari mama. Kot dah merantau ke nanti, senang sikit kalau teringin nak makan masakan mama. Sebab aku tahu resepinya hee

Untuk mama,

Kakyang tak sabar nak tunggu bila masanya boleh jadi pro masak macam mama.

Cepat laa akuΒ pandai masak, terer masak! tahap master chef kalau boleh.Hiks πŸ˜‰

eid mubarak ’16

Selamat Hari Raya!!!

Assalamualaikum..

Kalau tak silap dah hari raya yang ke-12. Majlis raya kat rumah aku pun dah selesai minggu lepas. Sekarang tinggal tunggu nak raya sikit-sikit je lagi, pastu nak habiskan cuti semester yang berbaki lebih kurang sebulan setengah -sebab naik 4hb September kalau tak salah

Sibuk kemain bila nak raya. HAHA. Betul laa mama kata, raya nya sehari tapi penat sebulan. Macam-macam persiapan kau. Aku rasa kerja rumah macam tak habis-habis. HAHA.

Malas nak bebel. Aku kongsi sikit gambar raya haritu πŸ˜€

 

IMG-20160713-WA0003

Raya pertama- kat rumah tokmak. Tokmak, tengok mana tu..hee

IMG-20160713-WA0055

kakak, adik, kakyang, kakchik, abangah πŸ˜‰

IMG-20160706-WA0015

kesayangan dunia akhirat akuΒ 

 

Throwback Raya Pertama πŸ™‚

Taqabbalallahu minna wa min-kum

Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan mu.

Habis exam dah

assalamualaikum.

hai πŸ™‚

aku adalah orang yang paling bahagia sebab penatian untuk menamatkan semester satu dengan tenang telah berjaya. segala kerisauan dalam tempoh lebih kurang 4-5 bulan telah berakhir.

dengan cuak nak bawak subjek berunsur fizik, math.. penuh dengan kira-kira segala benda, aku habis juga buat semua benda tu. perjalanan masih jauh. ini baru peringkat permulaan.

dapat aku simpulkan. aku sebenarnya garang. serius. hahaha. tu classmate cakap. tapi bila perhati, memang pun. garang. act, ada sebab. cuma orang kadang tak cakna kenapa aku garang πŸ˜›

tapi okey laa. garang pun ada orang nak kawan. budak kuliah okey je pun dah syukur. semoga semester akan datang kurang garang, dan lebih kuat untuk terus bertahan.

IMG-20160109-WA0003

aku, ain, ika,dila,wawa, lisa,sarah, nadia tasha, dll . semoga terus sukses ^^~

R.A.D.H.A

Assalamualaikum .

Guys . Erk pelik di situ . Sebenarnya aku sudah menjejakkan kaki di bumi Perak tatkala aku menulis enrti ini . Bumi Addin Shah dan Benz Alif . Juga merangkap bumi Carl Duke Adam dan Nur Akasyah -nye . HAHA Aku dah mula masuk dalam dunia khayalan sensorang tetengah malam nih pulak .

Orang kata kat matriks tak sempat nak baca novel pun sebenarnya. Sama la dengan aku. huhu Tapi, aku culik novel Kakak untuk jadi sumber inspirasi . Nak bawak semua cerita yang ade kait dengan Negeri Darul Ridzuan nih , memang buat berat beg je la. Disebabkan aku baru je habes sekolah menengah dan sambung matriks, aku pilih novel yang perjalanannya lebih kurang gitu. Jadi, novel ‘Relevankah Aku di Hatimu’ menjadi pilihan πŸ™‚

image

Tak baca pun, sekadar hiasan di meja belajar. Penyuntik semangat. Nak macam tu jugak. Tapi, bukan sekadar angan-angan Mat Jenin. Walaupun kadang kala orang tak laa pandang sangat budak matriks nih.. tak kesah la. Yang penting aku tau jalan mana akan aku corakkan hidup aku untuk sepuluh tahun akan datang. Pada aku la. Matriks nih ok je selagi mana kita ada rasa nak belajar πŸ™‚

Tak kira laa macam mana bagus atau tak keputusan masa sekolah dulu, kat sini.. semua orang sama. Mula balik dari kosong. Belajar semula sama-sama. Saat di mana semua orang berkejar cari pelindung diri, untuk bina kerjaya dan kehidupan akan datang. Pensyarah Biology aku selalu kata, ‘mana ada belajar senang’. “Kalau awak nak senang cepat, cuba pergi masjid dan bawak tabung. Tengok, ada tak manusia yang hulur sedekah pada orang yang sihat walafiat macam awak.”

Tersentap seketika. Banyak pula ceritanya. Dah masuk Ramdhan nih… Masih belum pulang ke rumah terchenta. Raya nanti baru balik. Adat penuntut ilmu memang begitu.. Ramadham pertama, sambut dengan member sekolah, tapi berbuka di Kafe Mama je. Nah, gambar.
image

image

Dan Ramadhan yang kesepuluh sambut dengan mereka. Iftar jamaie di Masjid Maghfirah, KMPk πŸ™‚

image

Masih orang yang sama.

Hari-hari yang padat

Assalamualaikum .

Kasihan blog tidak ada cerita baru . Cerita yang baru tidak la baru sangat . Sebab , tengah sibuk siap-siapkan barang macam orang lain . Dah nak sambung belajar balik lepas tinggalkan alam persekolahan πŸ˜€ Alhamdulillah , 90% dah siap pun . Mama kata tak boleh bertangguh sebab nanti tak buat-buat dan terbengkalai . Jadi , aku siapkan semua awal-awal πŸ™‚ Hari-hari terakhir di rumah , hanya perlu kemas sikit-sikit dan jalankan kerja sebagai pelatih suri rumah untuk seketika . hehe

Seminggu lepas 😦

Sibuk menelaah benda yang berkaitan dengan KPM bagai T_T Dan setelah aku pergi ke IPGKTHO , aku mengaku yang soalan-soalan yang dilontarkan sangat laa mencabar minda dan hati . Provokasi yang terbaik la waktu tu . Asakan yang bertubi-tubi sampai ada yang dari lancar berkata-kata terus diam , baik sikit cakap aje laa apa-apa walaupun hentam kromo aje ==” Aku rasa mereka nak cari pendidik yang betul-betul berjiwa dan berkelayakan untuk jadi pendidik . Bukan main tangkap muat aje . hoho

Soalan-soalan mereka .

1. Apakah perasaan yang terlintas setelah menonton video tadi ? (video pasal anak muda yang lupa pada ibunya) .

2. Pada pandangan anda, program apa yang boleh memupuk sifat penyayang terhadap ibu bapa? Bincangkan . (memang kena kerjasama dalam kumpulan . kat situ jugak .)

3. Apa beza antara bimbingan dan kaunseling? Kenapa minat nak jadi kaunselor berbanding benda lain? Apa keistimewaan kamu untuk melayakan kamu bergelar kaunselor? (see? tu soalan individual laa, tapi bukan untuk aku . hehe)

4. Adakah kamu sudah ada wawasan untuk menjadi pendidik yang boleh memberi pendekatan kepada pelajar kamu mengenai Sekolah Henry Gurney ? Apakah wawasan kamu? Bagaimana kamu mahu memberi pendekatan itu? (sebab budak tu anak warden penjara)

5. Adakah kamu bersetuju , sekiranya pelajar-pelajar di Malaysia menerima pendidikan yang berorientasikan peperiksaan? Apakah rasionalnya? Buktikan pelajar-pelajar kita cemerlang dari segala segi dengan adanya pendidikan berorientasikan peperiksaan . (err kalau aku laa, terasa hilang semua benda yang telah dibaca >.< )

6. Terangkan dasar 1Murid 1Sukan . Kenapa dasar tersebut dilaksanakan? Apakah kebaikannya? Objektif? ( hanya budak sains sukan yang laju menjawabnya.. haha)

7. Bagaimanakah kamu memainkan peranan sebagai guru kaunselor , sekiranya pelajar kamu terlibat dengan gejala lumba haram? Sebab, bukan mudah untuk mengubah manusia daripada perangai yang buruk menjadi baik , kan .Β 

HAHAHAHA … See? Tu sikit je baru . Yang lain aku tak sebut lagi… Keluar je bilik tu , terus lepak kat bilik Kak Syuk dengan Kak Dila dan Kak Nadia . Balik rumah , malam terus pengsan tak sedar-sedar . T_T
Selamat-Hari-Guru

Selamat hari Guru πŸ™‚

16 Mei 2014 . Terima kasih tak terhingga buat cikgu-cikgu, ustaz-ustazah, mualim dan mualimah, sir and teachers dan semua yang pernah mendidik diri ini . Dari tak kenal huruf sampai tahu pasal hidup πŸ™‚ Sesungguhnya jasa dan pengorbanan kalian tidak dapat saya balas . Semoga Allah menempatkan kalian dalam golongan orang-orang yang beriman . Semoga dipermudahkan segala urusan . Dunia dan akhirat . Amin .

Istimewa buat Mama dan Ayah . Mama dan Ayah adalah cikgu sejak Kak Yang lahir lagi πŸ˜€

Special buat Cikgu Naqiah a.k.a Kakak . hehe Terima kasih sangat-sangat . Banyak yang Kak Yang belajar daripada Kakak !

p/s : Selamat Hari Lahir buat Nur Syamimi dan Cikgu Nalini πŸ™‚

Tamatnya Zaman persekolahan

5 thaqafah

Waktu jamuan raya di rumah Cikgu Norliana Salleh πŸ˜€

 

 

Hola.

Sudah 18 tahun.

Sudah kena belajar hidup yang sebenar.

Tak boleh dah nak cengeng menggedik bagai T_T

Kena belajar jadi matang. Bertindak lebih rasional.

Jangan nak main tak kawan- tak kawan lagi dah. haha

done πŸ™‚

p/s: may Allah bless.