Buatkan kerja orang

7deeea21fdef8a474be925cc7930955a

Assalamualaikum?

Kawan, aku tahu dalam hidup tak semua yang kita mahu, kita dapat. Tak semua yang kita rancang, jadi dengan jayanya. Kadang-kadang, kita perlu sabar dan redha dengan apa yang terjadi untuk sedapkan hati dan bangkit dari mimpi ngeri.

Budaya suruh orang buatkan kerja kau nih aku rasa dah biasa. Dah basi dah pun. Tapi aku nak cakap jugak pasal benda nih. Sebab aku nak ingatkan diri aku sebenarnya, yang aku kena bertanggungjawab atas kerja aku sendiri. Jangan harapkan orang lain!

Dari aku sekolah, sampai laa ke menara gading, hal buatkan kerja orang tak pernah surut. Kadang aku terfikir, kalau nak berkat hidup, nak Allah permudahkan urusan kau, kenapa suruh orang lain siapkan kerja kau? Ye tak?

Aku ada laa pengalaman dengan makhluk-makhluk yang suruh orang buat kerja dia dengan tiket ‘Minta Tolong’. Konsep minta tolong nih baik sebenarnya, yang jadi tak baik, bila kau dah terdesak tak siap kerja kau, kau minta orang siapkan tanpa fikir orang tu sibuk ke tak nak layan kau. Tempoh masa kerja tu kena siapkan kau buat apa? Hmmm?

Pengalaman aku, esok aku ada test, kuiz segala presentation… Tetiba wassap masuk, suruh aku setelkan kerja dia. Nak atau tak, aku kena buat sebab benda tu nak kena bentang esok pagi. Bila ingat-ingat balik, berasapnya ya ampun!!!

Kerja setel last minute.

Okay, tak semua orang boleh istiqamah buat kerja sikit-sikit lama-lama boleh siap. Ramai sebenarnya anak muda yang fikir senang, walaupun aku buat kerja last minute mesti setel punya on time! Wehhhh kalau tak babitkan orang lain tak pe. Ini tak, dengan aku sekali ko lanyak minta tolong dengan pe’el last minute ko. Haihhhh

Aku ada seorang kawan. Dia pernah cakap kat aku, “dalam kita bekerja secara berkumpulan, tak semua orang nak buat kerja. Kadang tu kita terpaksa buatkan kerja dia sebab dia tak nak buat atau tak sempat nak buat, alasannya. Bila dah besar nih, semua sebenarnya tahu tugas dan tanggungjawab masing-masing, diorang pun tak suka dipaksa. Nak tak nak, kita kena laa buatkan juga kerja orang dengan niat, bila aku susah nanti ada laa orang lain yang tolong aku”.

Betul apa yang dia kata. Benda tu boleh sejukkan hati yang panas membara. Haha. Cuma manusia nih ada had, dan bukan senang nak berlapang dada dengan apa yang kita kena hadap. Mungkin, sekali dua boleh lagi. Bila dah selalu, aku rasa dia pun meletup jugak hahaha.

Bertanggungjawab atas diri sendiri.

Zaman tadika lagi mualimah dah ajar sikap tanggungjawab nih penting. Jangan mudah rasa selesa dengan anggap, bila aku susah, nanti ada laa orang yang tolong aku. Salah tu. Kena pegang konsep, Kerja aku, biar aku setel. Bukan harap orang setelkan, sebab ini memang dah tanggungjawab aku. 

Nak cerita pasal tanggungjawab karang lagi panjang lebar pula. 😛

May Allah bless 🙂

aimanazari

Advertisements

Tunggu .

pena kak yang

Assalamualaikum .

Setakat umur aku yang sekarang nih, masih muda remaja . HAHA . Teringat satu habit aku, tulis sesuatu dalam kertas kosong.. tak pun mana-mana buku laa.. Aku pasti menulis apa yang aku fikir, rasa dan apa aje yang terasa tangan nih nak mencoret . Seingat aku, ayat yang aku kerap tulis.. ‘Saya tunggu awak’ . HAHA . Merepek bukan?

Bila kemas semula buku nota dulu . Kertas yang terselit dalam buku usrah pun tercatat benda yang sama . Sekarang, aku baca semula dan bertanya.. ‘Waktu tu aku tunggu siapa ye?’ Lupa gerangan siapa yang aku maksudkan.

Sampai satu hari, aku berbalas mesej dengan seorang teman sekolah menengah . Soalan yang tetiba je ditanya, “Kau masih tunggu dia?” . Ligat otak aku mencari ‘dia’ . Owhh mula teringat sudah . Lantas aku membalas, “Sudah tidak . Ingat pun tidak. HAHA “. Maka, firasat aku mengatakan yang dia telah tiada . Dalam ingatan aku . HEHE

Mungkin di sini ada yang tertanya, aku tunggu siapa? HAHA . Kemungkinan je kot . Cukup aku cakap yang dia kawan aku . Kawan yang lama . Maka, biarlah dia dengan hidupnya dan aku dengan hidup aku . Masing-masing ada cerita dan cita-cita tersendiri .

Erkk ayat dah berputar belit campur simpang siur. Haihh dia tidak sepatutnya muncul dalam ingatan sekarang =.=’ Pusing.

Maka, aku rasa.. bila kita teringat sesuatu yang tidak menyenangkan dan merepek yang bukan-bukan. Tinggalkan ia. Sebab tak bawa ke mana pun dan teramat buang masa. lalu aku ingatkan diri aku, ‘Aku hidup ada tujuannya , bukan untuk tunggu dia yang entah ke mana’.

pengajaran : berpijak di bumi Allah yang nyata. Toksah berangan sensorang 😀

Rindu kat Medsa 4

Assalamualaikum 🙂

Ermm aku tak banyak kot benda nak cerita . Cuma tiba-tiba rasa angin rindu mula menerpa . Haihh.. rindu sangat pada dorm . Walaupun tak laa lama mana aku tinggalkan , tapi bila fikir balik . Kat situ usia remaja aku banyak habis . Medsa 4 , aku belajar nak kenal orang , nak layan orang dan nak jadi kawan dengan orang .

Terutama mengenal fivers yang sebaya dengan aku . Farhana , Syamimi , Zahirah , Amira Nadhirah dengan Najiha . Benda yang paling rindu nak buat lagi , tengok movie Korea secara marathon kat dorm . Memang konfem la , esok pagi mata dah macam panda 😀

Makan nasi lemak Tunas Bestari gaya orang kampung buat kenduri . HAHA aku ingat lagi , tiap-tiap malam pergi melaburkan duit kat Tunas Bestari untuk mengisi perut yang makin berkeroncong . Alasan , “Malam nih , aku nak stay up.”

100_6698

 

Paling baik la yang aku rasa , setiap kali hujung minggu je , enam-enam orang pergi cuci toilet Medsa 4 . Muka gaya paksa-rela je buat kerja tu . Ayat nak pujuk hati , “Tak pe la . Dah nak habis sekolah , buat amal sikit apa salahnya .” Walaupun bila toilet bersepah balik , suara Zahirah dah mencecah oktaf 8 megawatt 🙂

Banyak sangat kalau nak dicoret satu per satu . Haihh 😦

I wish you all the best .  Keep in touch deh sampai bila-bila 🙂