Demam Goblin

Assalamualaikum?

πŸ™‚

Sejak bila entah aku sangkut dengan kdrama Goblin nih. Serius. Sangkut habis! Perasaan aku terbuai weh waktu aku layan Goblin nih. Rasa angau seketika. Angau dengan Gong Yoo mungkin tak sangat laa kot, sebab dia bukan taste aku haha.

Aku suka jalan cerita, pemandangan dalam cerita tu yang cantik dan nampak macam dalam movie even sebenarnya Goblin nih kdrama yang jenis ber-episode ko nak habiskan. Perasaan gadis terawang-awangan bhaii. Hahaha lagi-lagi bila kau dengar soundtrack untuk Goblin nih. Semua memang sesuai amat laa dengan jiwa feminist aku.

Aku memang suka lagu yang slow-mellow nih. Yang boleh buai jiwa aku melayang jauh. Fikiran aku tetiba jadi daydreaming dan night thinker disebabkan aku dengar ost Goblin yang mendayu-dayu nih. Serius sedap lagu-lagu dia.

Boleh kira macam ko tengah berangan ko berchenta kejap bila ko dengar lagu Beautiful life. Then, ko rasa macam baru clash waktu ko dengar lagu I Miss You. Hahaha angau betulkan aku nih?

Ingat lagi waktu sekolah menengah dulu, aku ada habit pelik sikit laa kira macam hobi orang tua. Aku suka dengar lagu-lagu instrumental. Aku layan lagu instrumental tu dari sekolah menengah sampai ke zaman matriks. Mungkin sebbab masa tu aku duduk jauh dari family so perasaan aku agak halus untuk dengar lagu-lagu rancak.

So, aku prefer lagu-lagu instrumental dan slow. Memang sakit laa siapa yang duduk sebilik dengan aku. Masa degree nih pun sama. Sarah selalu tegur yang aku suka sangat dengar lagu slow. Hahaha nasib dia laa sampai semester 3 duduk dengan aku, dengar lagu-lagu slow.

Aku percaya setiap orang ada taste muzik memasing. Mungkin aku agak tua dari usia kot haha. Sebab tu kadang-kadang aku lagi suka aku sorang kat bilik, sebab citarasa lagu aku haru weh. Buat ko yang semangat nak bukak buku boleh jadi tarik selimut naik katil balik hehe. Tiada paksaan pun ko yang satu bilik dengan aku nak dengar lagu yang aku dengar, lagi-lagi aku jenis jarang pakai earphone sebab nak jaga telinga kononnya πŸ˜›

Cuma, bila aku dengar ost Goblin, nih dia ada satu perasaan yang berbunga-bunga dan sedih dalam masa yang sama. entah laa. Lama weh tak rasa macam tu. Last rasa macam tu pun dah tak ingat bila. Bak kata Farahanim laa.. Kadang lagu dia buat kita rasa nak nangis dan senyum dalam waktu yang sama. Parah bukan?

Dan, antara penyanyi yang aku suka suara dan ost yang mereka nyanyikan antaranya, Ailee, Soyou SISTAR, Punch, Crush, Gummy eh Gummy takde ost Goblin.. ahhhh banyak laa tapi suara-suara mereka nih memang kena dengan jiwa dan perasaan aku.

So sorry. Taste aku luar alam mungkin πŸ˜‰

Senang kata Goblin nih kira Chamsarang aku laa πŸ™‚

Trip Semester Break 1

Assalamualaikum?

Hi πŸ™‚

Cuti pertengahan sem nih banyak berjalan sebenarnya dari duduk rumah. Kali nih, trip pergi menghantar rombongan pengantin lelaki ke Penang. Pengantin tu sepupu aku, abang sepupu.

Oleh kerana pergi ke Penang, habis hantar pengantin, kitorang jalan Penang jap lepas tu gerak balik Perak. Kuala Kangsar, kampung ayah. Jumpa opah, cari makanan sedap kat Taiping, pastu ronda-ronda kawasan istana.

Aktiviti wajib : Mandi sungai sampai kecut urat sarafΒ 

Untuk pertama kali, keluarga Aunty Min join sekaki, memang meriah amat laa. Riuh rendah dengan perangai memasing yang masih keanak-anakkan. Hehehe. Aku pun ikut terjebak senget jugak.

Apa yang best bila aku pergi makan kat Taiping. Medan selera padang sarkas, Jalan kota, Taiping. Serius harga dia sangat ekonomi. Rasa makanan kat situ pun tak mengecewakan! Hahaha.

Menu wajib : ABC dengan Yong Taufu.

Serius tersandar kekenyangan. Hahaha harga pun nice weh. Tak laa mahal sangat. Biasa-biasa je.

Tempat wajib pergi : Istana kat KK

Jenjalan kat istana Bukit Chandan kalau tak silap aku. Yang ada istana kuning, dengan masjid Ubudiah tu. Cantik weh. Klasik, cantik dan bergaya gitu. Acah-acah trademark iklan je.

Malam kitorang jalan tengok lampu kat kawasan istana, siang tengok kawasan istana sambil amik-amik gambar macam tak pernah sampai situ walhal setiap kali balik kampung, tour kawasan istana dah jadi aktiviti wajib kitorang huhuhu

Next, singgah kat lembah. Area tepi sungai perak. Kat situ banyak jual barang kraftangan. Ko nampak je macam tak berminat, bila dah tengok, sentuh… mula laa berkenan kat hati. Aku sangkut dengan beg rotan kot.

Entah bila nak pakai beg tu pun tatau laa. Adik aku cakap kalau bawak pergi kuliah, orang kata apa pulak nanti hahaha. Acah tak sesuai bawak beg rotan, seluar jeans, baju lab coat.

Malas sudah nak sembang banyak, aku kongsi sikit gambar masa trip Penang-Perak kitorang. Gambar kat sungai takde tau.

Insya Allah jodoh panjang, sampai sana lagi πŸ™‚

May Allah bless.

aimanazari

img-20170131-wa0041

Selamat Pengantin Baru, Firdaus & kak Zayana πŸ™‚

 

img-20170201-wa0046

Dara pingitan pak cik Nazari πŸ˜›

img-20170131-wa0045

Istana Kuning, KK

 

img-20170201-wa0017

Masjid Ubudiah, KK

img-20170201-wa0005

Acah Goblin kejap πŸ˜€

Husband material?

Assalamualaikum.

Tak jawab dosa, jawab sayang πŸ˜‰

Dua malam lepas, aku habiskan masa selama 3 jam lebih untuk berborak OTP dengan kak shieda.Hee. Segala jenis topik kitorang taram. Macam apa yang kak Shieda ada cakap, she can’t imagine if kitorang jumpa bertentangan mata. aku rasa boleh jadi tak tido sebab nak habiskan bercerita.

Dari topik kpop, fan-girl sampai ke belajar, politik pun kitorang layan. Sembarang sembang tapi syok. Terhibur, terdiam dalam masa sama aku ada terfikirbanyak benda. Then dia mula tanya, “Najla, u rasa okey ke kalau perempuan mula dulu means take the first step pada orang yang dia nak?”

Ah sudah! Baru haritu aku tulis yang aku tamau mula dulu sebab segan tahap petala kelapan. Kelu kejap lidah nak jawab.

Diam seminit dua aku. =.=’

Dia sambung, “In case orang tu family man, husband material laa senang kata. Kalau kita nak, mesti kita mulakan dulu kan?”

Husband material.

Apa benda yang husband material?

family man, ada sifat kepimpinan, agama okey, and he’s cool? Gitu eh?

Aku tanya pakcik google sebab dia banyak jawapan.

Perempuan start dulu. Confess dulu. Payah laa bagi aku. Okey benda tu tak salah ok? Tapi depends pada orang, setabah mana dia boleh amik risiko. In case kena reject, tahan ke? In case positif respon, sampai bila? Aku payah sikit nak fikir yang lovey dovey, i’m more too realistic. Sorry.

Mama pernah cakap, ada je jenis lelaki yang prefer perempuan mula dulu. Sebab dia penyegan. Segan sangat nak mula sampai dia dia tunggu girls make a move on him. Hmm. Cuak pulak aku bila dengar mama cakap macam tu.

Maybe aku belum cukup open-minded untuk support yang perempuan confess dulu pun takpe. Tapi sesungguhnya, aku tak laa menghalang sesiapa atau mana-mana perempuan yang nak confess dulu, it’s up to you okay?

Yang penting, hati kena kental πŸ˜€

p/s; share sikit links

What Muslim Women Look For In A Husband

Four Things That Make a Man Husband Material

Top 5 Signs That Your Boyfriend Is Husband MaterialΒ -aku suka content yang nih.peace V

ghm

ok, aku belum habis baca novel nih

 

draft tertangguh sejak 20160828

Tahun 2 bermula

Assalamualaikum. Hai.

Dah masuk bulan 9, bermakna aku dah mula kuliah balik macam biasa. Tahun 2 gais. Mula cabaran baru. Kehidupan baru. Kalau tahun 1, duduk dalam kolej, tahun 2 kena duduk rumah sewa. Tapi aku still kena menapak tunggu bas untuk pergi kuliah. Tapi tak selalu laa sebab member banyak yang berkereta πŸ™‚

Semalam mula satu program ETec, kelab fakulti teknologi kejuruteraan aku. Semalam jugak laa bertungkus-lumus acah je busy sebab aku kena on duty dari 9 pagi sampai 6 petang. 2 program bhaiii kena in charge jadi photographer +.+’

Duty yang tak dirancang, pagi-pagi contact terus cakap aku kena on duty sebab macam tak cukup photographer. Hmm nak kelam kabut pun tak boleh, sebab aku kena menapak pergi kat McD taman u untuk amik bas mayang sari lagi. Nak tak nak kena laa mereka tunggu sampai aku terpacak depan dewan sultan ibrahim tu.

Redha je laa even sau badan penat. Tambah-tambah tangan kanan aku bengkak balik. Haihhh dah tu je yang aku aktif sebab dah tinggalkan sispa. BKE -biro kerohanian&etika- pun gaya dah tak join sekaki sebab dah tak duduk dalam kolej kediaman kan, nak tak nak kena laa cari benda lain.

whatsapp-image-2016-09-06-at-6-03-40-pm

“korang memang dah kenal dari before masuk uthm? sebab rapat sangat je?”. aku sengih, bonding aku dengan wawa Β sebab korea gais πŸ˜‰

Minggu pertama dah habis topik 1, ada assignment dan bahagi kumpulan. Tak sempat nak berehat. Ceh! Sempat je setakat nih belum busy sampai tak cukup kaki dan tangan.

Waktu cuti sem acah tak sabar nak mula kuliah balik, sekarang amik kau. HAHA

whatsapp-image-2016-09-06-at-6-03-33-pm

BND, BNE & BNF. aku, jieha n wawa. department electric & electronic FTK

Betulkan balik fokus, mula sem nih dengan semangat yang baru dan mind-set yang positif! Bak kata tnc hepa semalam, “Belajar belajar dan belajar untuk mengubah masa depan kamu dan nasib keluarga”.

Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah πŸ˜€

sorry, aku addict kdrama

Assalamualaikum Hai πŸ˜‰

Aku tak tahu sejak bila, sejak lahir atau apa. Yang penting aku minat yang teramat melayan cerita korea. Serius. Ikut sejarah kehidupan aku, sejak zaman Winter Sonata & Autumn In My Heart lagi aku dah jinak-jinak layan korea. Mungkin pengaruh yang datang dari kakak yang dulunya minat Meteor Garden yang ada kumpulan F4-Jerry Yan hero masatu.

Kalau tak salah, Meteor Garden diadaptasi ke Korea jadi Boys Over Flower. Yang ada Lee Minho jadi Gu Jun Pyo πŸ˜€

Kalau cerita bab Kdrama atau seangkatan dengannya, yang susah nak cakap dengan aku pun boleh join sekepala jadi geng. Waktu sekolah dulu pun aku ramai member sebab kitorang layan kdrama, lagu dan variety show terutamanya Running Man.

Nampak macam aku nih senyap, tak mesra tambah introvert tak suka kawan dengan orang. Tapi, cuba korang approach aku tanya kdrama, hahaha yakin laa lepas tu kita memang geng!

Ada sorang member, dia cakap kat aku, “Kenapa suka sangat korea? Drama korea. Reality show korea? Gambar phone budak korea -daehan, minguk, manse- Lagu pun korea. Apa yang besst sangat?” Aku tengok dia pelik. Salah ke?

song-joong-ki-park-bo-gum-1

Song Joongki & Park Bogum. Memang bae aku laaΒ  πŸ˜‰

Weh aku tak kacau orang layan semua tu. Itu hiburan aku bila aku tak keluar pergi jimba kat mana-mana. Duduk rumah diam-diam dan layan semua tu. Tapi ada je masa aku tak layan, time busy memang tak laa sempat nak layan. Layan benda tu tak modal banyak, cuma kena pandai kawal perasaan sebab takut perasan.Hiks

Aku prefer kdrama sebab story-line dia. Even cliche pun, mengarut pun, best dia garap cerita tu. Nampak macam real walaupun mengarut tahap tak masuk dek akal. Takde punya orang romantik seromantik hero yang ada dalam kdrama tu. Hahaha

Jalan cerita yang menampakkan lelaki perfect dan perempuan sentiasa kelam kabut tapi comel dan emosi sentiasa ada dalam kdrama. Yang aku suka, kalau watak lelaki tu askar, serius real. Sama kalau bawak watak doktor, situasi kat tempat kerja diorang memang terbaik. Tak jemu hadap selalu pun πŸ˜‰

Genre cerita pun berlambak-lambak. Takde laa cerita pasal kaya mesti jadi ceo. banyak lagi benda lain orang kaya boleh buat, survival orang miskin dalam kdrama tu terbaik. Even sebenarnya tak laa macam tu sangat pun. HAHA untuk khayalan sementara boleh je. Acah acah nak ringankan sikit otak dari stress dan kebosanan melmpau. Depends pada orang laa.

Setakat perasan, minat tahap acah pakwe, bakal suami tu standard. Mulut je weh takde makna nak betul-betul. Sekadar cerita sesaja, bahan gelak dan gaduh suka-suka. Akal masih waras nak fikir mana yang patut mana tak. πŸ™‚

Kalau nak suruh aku senaraikan semua yang aku layan, ada dalam simpanan, memang tak sanggup laa nak buat. Sorry, aku suka amat layan kdrama. Itu kelemahan aku T_T

park-bo-gum-kim-yoo-jung

Love In The Moonlight. Seminggu 2 episode aku layan sekarang. Tapi ikut sempat aku laa πŸ˜‰

chop awal awal eh?

Assalamualaikum.

Jam lappy sekarang tunjuk 1.42 pagi. Aku masih berjaga lagi.

Entah kenapa sejak umur meningkat, sejak masuk ke pengajian tinggi, isu pasangan nih terlalu panas sampai bahangnya terasa. Boleh kata setiap minggu, isu nih disentuh tak kira kat mana dan bila. Naik bosan pun ada =.=

Aku just nak sentuh perihal orang yang dah ada endut -istilah lain bagi matahir a.k.a pasangan

Kahwin muda tak payah nak cerita laa. Berkoyan-koyan aku rasa. Macam-macam jenis cerita ada, kau boleh pick mana kau suka. Aku hanya nak cakap pasal berkawan dalam erti kata lain survey partner hidup gitu.

Survey nih kira biasa lagi, tambah-tambah kalau hanya mampu survey dari jauh. Tak buat apa-apa action. Tahu perihal yang biasa-biasa, apa yang kita nampak pada mata kasar. Dia cantik, pandai dan kaya. Titik. Kira pakej dah tu pfft

Atas sikit dari survey, mula kenal. Tengok siapa take action dulu.

Pemuda atau pemudi. Zaman metropolitan nih, dah kira kurang segan aku rasa. Sebab gadis pun acah sembarang mula dulu. Katanya tak nak terlepas kat orang lain. Mungkin rasionalnya ada kalau si gadis selamba je tak rasa apa.

Tapi untuk aku, yang agak kolot lagi kampung, aku segan tahap petala kelapan. Nak mula dulu sebab nak chop awal awal yang ‘I have my eyes on him’. Wehhh segan weh!! Ini hanya pandangan aku laa. Biarlah pemuda mula dulu, bukan apa weh, kalau terjadi apa-apa di kemudian hari, si gadis lebih payah kecewa hatinya.

Ini serius. Memang laa sakit kalau nak pemuda je mula dulu, tapi itu yang sebaiknya. Respon tak respon tu belakang cerita. Jadi tak jadi tu pun kuasa Allah tak boleh nak kata apa.

Aku cuak, kalau mula dulu tapi hambar tak jadi. Malu dia tu tahap 1 juta megwatt rasanya. Kesannya mendalam tambah-tambah pihak perempuan. Sebab tu aku suka yang biasa-biasa je. Sempoi semedang. Tak kecoh tak sembang. Cool je.

Aku prefer, kawan biar 1000 berkahwin/partner hidup biar 1 gitu πŸ˜€

Aku yakin, bila dah sampai waktunya. Dah mantap hidup. Dah berbakti pada mama ayah dan keluarga, aku tak perlu chop awal-awal kot. Datang juga jodoh tu, kalau dia masih hidup di muka bumi nih laa.

Kenapa aku yakin?

Sebab Allah dah janji dan janji Allah itu pasti.

tamat

 

apa yang kita nampak, orang lain pun nampak

Salam.

Haritu aku dating jap dengan member sekolah. Dah hampir 3 tahun tinggalkan alam sekolah, dia adalah member yang agak selalu aku jumpa bila cuti bermula. Kawan yang sudah 8 tahun, 5 tahun hidup sama-sama. Kongsi macam-macam cerita. Dari benda yang seronok sampai perkara yang sedih.

Aku dengan dia memang tak banyak benda yang kitorang sekepala. Cara juga berbeza. Tapi boleh berborak banyak benda. Benda yang selalu kitorang share, pasal keadaan diri masing-masing. Life style masing-masing, memandagkan dia kat negara orang.

Sampai satu hari nih, dia bagi pendapat dia pasal crush, minat tanpa sengaja and etc. Waktu tu tajuk bersimpang sikit dari apa yang kitorang selalu kongsi. Jawapan dia memang menggambarkan yang 8 tahun lepas, dia adalah orang yang berbeza dengan waktu sekarang πŸ˜€

Dia budak medic, oversea. Market nak diikutkan lagi tinggi laa. So, nak usha anak orang pun, diri sendiri pun hot jugak. Sampai laa dia cerita, ada sorang dua yang agak melengkapi pakej. Berupa, pandai, bergaya, akhlak baik -budak surau laa acah. Dia nampak budak tu maccam nice kalau nak dijadikan member sehidup semati.

Tak laa serius sangat, tapi nice laa kalau dapat dengan orang yang cukup pakej. Kan? Tapi dia cakap, “Najla, bukan aku sorang je yang nampak yang dia tu pakej. Orang lain pun sama jugak.” Then, dia sambung, “Aku nampak dia hensem, orang lin pun nampak jugak. Aku nampak dia rajin, orang lain pun nampak jugak.”

Hahaha aku tak nafikan apa yang member aku cakap.

Tak kira laa. Lelaki atau perempuan, siapa yang tak suka orang yang pakej yang tiptop. Crush atau apa-apa, bukan kita seorang yang nampak good points yang ada dalam diri orang tu.

Ingat. Supaya tak syok sendiri haha.