Trip Semester Break 1

Assalamualaikum?

Hi πŸ™‚

Cuti pertengahan sem nih banyak berjalan sebenarnya dari duduk rumah. Kali nih, trip pergi menghantar rombongan pengantin lelaki ke Penang. Pengantin tu sepupu aku, abang sepupu.

Oleh kerana pergi ke Penang, habis hantar pengantin, kitorang jalan Penang jap lepas tu gerak balik Perak. Kuala Kangsar, kampung ayah. Jumpa opah, cari makanan sedap kat Taiping, pastu ronda-ronda kawasan istana.

Aktiviti wajib : Mandi sungai sampai kecut urat sarafΒ 

Untuk pertama kali, keluarga Aunty Min join sekaki, memang meriah amat laa. Riuh rendah dengan perangai memasing yang masih keanak-anakkan. Hehehe. Aku pun ikut terjebak senget jugak.

Apa yang best bila aku pergi makan kat Taiping. Medan selera padang sarkas, Jalan kota, Taiping. Serius harga dia sangat ekonomi. Rasa makanan kat situ pun tak mengecewakan! Hahaha.

Menu wajib : ABC dengan Yong Taufu.

Serius tersandar kekenyangan. Hahaha harga pun nice weh. Tak laa mahal sangat. Biasa-biasa je.

Tempat wajib pergi : Istana kat KK

Jenjalan kat istana Bukit Chandan kalau tak silap aku. Yang ada istana kuning, dengan masjid Ubudiah tu. Cantik weh. Klasik, cantik dan bergaya gitu. Acah-acah trademark iklan je.

Malam kitorang jalan tengok lampu kat kawasan istana, siang tengok kawasan istana sambil amik-amik gambar macam tak pernah sampai situ walhal setiap kali balik kampung, tour kawasan istana dah jadi aktiviti wajib kitorang huhuhu

Next, singgah kat lembah. Area tepi sungai perak. Kat situ banyak jual barang kraftangan. Ko nampak je macam tak berminat, bila dah tengok, sentuh… mula laa berkenan kat hati. Aku sangkut dengan beg rotan kot.

Entah bila nak pakai beg tu pun tatau laa. Adik aku cakap kalau bawak pergi kuliah, orang kata apa pulak nanti hahaha. Acah tak sesuai bawak beg rotan, seluar jeans, baju lab coat.

Malas sudah nak sembang banyak, aku kongsi sikit gambar masa trip Penang-Perak kitorang. Gambar kat sungai takde tau.

Insya Allah jodoh panjang, sampai sana lagi πŸ™‚

May Allah bless.

aimanazari

img-20170131-wa0041

Selamat Pengantin Baru, Firdaus & kak Zayana πŸ™‚

 

img-20170201-wa0046

Dara pingitan pak cik Nazari πŸ˜›

img-20170131-wa0045

Istana Kuning, KK

 

img-20170201-wa0017

Masjid Ubudiah, KK

img-20170201-wa0005

Acah Goblin kejap πŸ˜€

Berani berkata ‘TIDAK’

Assalamualaikum πŸ™‚

Tika nih, otak aku agak serabut memikirkan hal yang remeh-temeh tapi dipanjang-panjangkan. Untuk ringankan sikit beban otak aku. Aku mula balik untuk menulis. Meluah rasa, pendapat dan apa yang aku alami.

Pengalaman hidup merantau, tak semestinya tempat kau menuntut ilmu dekat dengan rumah, life lesson kau kurang. Tak sama sekali. Life lesson sentiasa ada, sama ada dengan keluarga sendiri atau orang keliling kau. Serius.

Straight to the point.

Aku diajar supaya lontarkan apa yang aku rasa, pendapat aku dan keputusan aku secara jujur. Tak selok-belok, tak simpang ke mana-mana. Sebarang keputusan yang aku akan lakukan, aku perlu pertimbangkan sebaik-baiknya. Walaupun tak semestinya apa yang aku putuskan tu betul. Huhu

Baik pada sekecil-kecil hal sekalipun. Kalau aku rasa aku tak nak, tak berkenan atau tak minat, aku cakap. Bukan keras kepala, tapi aku rasa setiap orang ada hak untuk berkata tidak. Sebenarnya, hidup nih kita tak boleh paksa orang ikut cara kita. Sangat tak boleh. Pantang!

Banyak hal dalam hidup yang kita perlukan pendirian kita sendiri untuk kita selesaikan perkara itu. Macam aku, aku dikenali dengan orang yang tegas, dan agak lantang bila keluarkan pendapat. Tapi bukan secara tetiba laa. Kalau perkara itu melibatkan aku, aku cakap.

Berkenalan dengan banyak orang, berkawan dengan pelbagai jenis manusia yang didatangkan Allah daripada latar belakang dan cara didikan yang berbeza agak menguji sebenarnya. Untuk memahami sikap, sifat dan kehidupan orang. Lagi-lagi untuk aku yang agak tak suka sibukkan diri aku atas urusan orang lain.

The ‘Tak Β Kesah’ person.

Pertama, aku memang tak boleh nak anggap semua orang dididik dengan cara yang sama. Tak. Tapi aku tak suka orang yang jenis cakap belakang bila ada apa-apa yang perlukan kejujuran dia untuk memberikan pandangan atau persetujuan. Bila kau cakap tak kisah, kemudian cakap belakang, aku nak tanya, ‘Kau nih sebenarnya apa? Kau kesahkan?’

Jangan sebab kita nak nampak baik depan mata orang, kita kaburkan orang dengan jawapan ‘Tak kesah’ bila orang tanya. End up, kau cakap kat aku, then suruh aku yang straight macam pembaris nih cakap pendapat ko on behalf kau. Apa benda sebenarnya kau nih? Tengah marah nihΒ 

Kedua, bukan salah pun bila kau dah terlepas cakap ‘tak kesah’ kemudian, ada aral melintang atau kau berat hati atau tak suka sesuatu tu, kau betulkan balik apa yang kau cakap tu sendiri. Maksud aku, bila kau tak boleh atau tak nak buat satu benda tu, cakap aje laa. Bukan kena terkam pun kalau cakap yang betul, daripada kau pendam macam orang tak betul. Aigooo.. aigooo..

Ketiga, kalau tak kisah, jangan ada yang ungkit-ungkit. Tak kesah maksudnya, kau redha atau ayat pasarnya, kau layan je apa nak jadi pun. Bukan tak kesah, tak kesah. Lepas tu, rungut yang kau sebenarnya nak macm nih macam tu.

Nak ramai kawan.

Okay, aku tak nafikan kalau kita bertalam dua muka ,depan lain belakang lain, kita boleh kumpul banyak kawan. ramai orang yang akan suka kawan dengan kita, tambah-tambah kita ada tiket ‘Tak kesah’ lagi. Tapi minta maaf cakap, hipokrit nih dalam Islam sama macam munafik. Tak banyak, tak kurang.

Jadi orang tu, apa kat hati, itu kat mulut.

Ma aku ajar macam tu. Sebabnya, biar kita cakap ‘tak nak’ sekarang daripada masalah timbul di kemudian hari. Takkan rumah dah siap, pahat berbunyi pulak kan? Tak nice dah. Jangan suka bermuka-muka, nanti kau tak tahu yang kau kawan nih sahabat ke musuh.

Biar kawan sikit, tapi valuable.

Susah senang kita dia ada untuk tolong, walaupun tolong dengar aja masalah kita. Bukan masa senang kau cari, lapang sikit kau belai. kalau macam tu, hidup kau akan dikelilingi orang yang lebih kurang perangai macam tu. Serius tak tipu!

Aku berpegang pada pepatah arab :

Berkatalah benar, meskipun pahit.

Bila kita cakap ‘tak’ dari awal, berani mengeluarkan pendapat dan rasa mengikut tempat dan masa yang sesuai. Masalah dapat kita kurangan atau mungkin dapat dielakkan daripada terjadi. Kan?

Makin umur meningkat, aku harap aku makin tabah untuk life lesson seterusnya.

May Allah bless.

πŸ™‚

-aimanazari-

e2cec190b7efcfa696dfc336a87c6429

2k17

Assalamualaikum? πŸ™‚

2k16 dah melabuhkan tirai. Tinggal laa segalanya menjadi kenangan manis, pahit, masam dan masin. Seorang Aiman kini dah menghampiri umur 21 tahun. Masih muda belia, kemuncak muda bak kata ma.

Apa yang aku nak buat 2k17 ni, biar aku yang tahu. Hahaha. Sebab aku jenis kena buat tanpa cakap. Kalau cakap, pastu baru nak buat, alamat memang tak laa aku buat. Kira macam sembang lebat laa gitu.

Semalam, permulaan tahun masihi yang baru. Ma cakap, dah masuk 20-an nih perangai kena matang sikit. Kurang-kurangkan sikit hiburan korea tu. Gambar kat fb, ig semua tu pakai je laa muka sendiri, jangan dok pakai muka Mancek dan adik-beradiknya πŸ˜₯ Learn to be more mature. Huhuhu dengan berat hati, aku melepaskan gambar Mancek dan segala jenis korea dari sosial media ku.

Banyak sebenarnya yang aku nak capai sebelum umur 24 tahun. Terutamanya kerjaya. Kebanyakan kawan aku dah faham dah, aku memang eager ya ampun nak kerja. Bukan apa, tak sabar nak berjasa pulak. Nih dok terima jasa orang je. Hehehe

Untuk tahun nih, harapannya aku dapat laa buat apa yang aku nak buat. Harapnya semuanya baik-baik saja. 2k17 nih pun member aku memasing kayuh kemain laju, acah cari jodoh memasing. Sebab memasing optimis yang jodoh tu kita kena usaha, baru jumpa. Hahaha. Aku usaha doa je mampu setakat nih. huhu

2k17, mungkin ada yang berbeza. Ada orang yang baru. Cerita yang baru. Suasana yang baru. Semoga redha Allah sentiasa ada untuk aku, engkau dan dia. Kita semua senang cerita.

love,

aimanazari πŸ˜€

img-20160709-wa0011

kanan; kakchik,kakyang, abangah

p/s; ni gambar untuk semua profil aku 2k17. permulaan baru acahnya πŸ™‚

 

Cerita lab elektrik

Assalamualaikum.

Okay. Kalau member aku selaalu post segala benda yang mereka rasa sebagai achievement mereka kat instagram, aku akan buat benda tu kat blog aku yang berhabuk nih. Sekadar berkongsi rasa dan pengalaman. Sekadar berkongsi cerita dan perasaan. Tak kurang, tak lebih.

Tak usah kecam. Tak suka baca, diam πŸ™‚

Tahun 2 semester 1.

Baru aku megerti apa itu susah kos engineering meskipun aku hanya budak elektronik automasi industri. Pertama, aku bukak sikit cerita pasal apa beza pure engineering dengan technology engineering.

Aku, under technology engineering. Yang mana banyak masa kau habis pada hands-on. Senang cerita, 60% above hands-on. Yang lain theory. Beza dengan pure yang banyak tekan pada theory. Bila aku buat projek, lukis litar, memang tak boleh guna benda yang sedia ada dan run guna programming. Aku kena mula dari fundamental.

Kira guna komponen satu per satu. Belajar step by step semua benda. Buat guna tangan sendiri. Buat sampai jadi! Kegigihan memang kena ada beb. Tak main laa tiru orang, sebab nanti kalau lembab.. orang tak tolong. Ko sorang yang merangkak-rangkak lagi. So, nak tak nak, kena paksa jugak diri untuk ada usaha yang keras supaya otak, jiwa dan raga boleh hadam dan hadap semua benda tu! WAJIB!

Mind-set sekarang, “Jangan toleh belakang lagi! Maju terus ke depan!” πŸ˜€

Aku dah tanak kenang bagaimana takdir membawa aku ke bidang nih. Mungkin,bila tiba masa dan ketika, aku akan bukak cerita pasal tu. Yang paling penting, Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Serap baik-baik kata Mama, “Manusia merancang, tapi Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah yang terbaik”.

Perasaan aku sekarang, rasa suka pada bidang nih kian mencambah. Well, tak laa teruk sangat pun. Positif je sebab dapat explore benda baru. Dunia baru. Bidang baru. Dan kawan baru. Eh?

Semalam birthday Sarah wehhh

Assalamualaikum.

Minta maaf Sarah. Serius aku lupa. 😦

Tak ingat langsung. Ok. Aku memang payah nak ingat birthday, apa-apa tarikh bagai, even family member 😦

Bukan sengaja. Aku ingat je Sarah lahir bulan 9, tapi tak sure bila. Tambah-tambah tak jadi member kat fesbuk memang lagi laa takde ingatan langsung bila tarikh lahir dia yang betul. Haihhh

Boleh pulak aku tanya dia mana datang kek tu. Aigoo patut laa muka dia kelat semacam, tambah pulak budak kelas dia tak wish sebab pakat nak prank dia. Memang lagi sedih laa dia malam tu.

Sorry. Aku dengan tarikh memang payah nak berjodoh huhu

 

“Dear Sarah,

Selamat hari lahir.

Setahun sudah kita kenal.

Semoga redha Allah sentiasa bersama ko.

Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan :)”

Sarah, saranghae πŸ˜‰

img-20160706-wa0014

 

Tahun 2 bermula

Assalamualaikum. Hai.

Dah masuk bulan 9, bermakna aku dah mula kuliah balik macam biasa. Tahun 2 gais. Mula cabaran baru. Kehidupan baru. Kalau tahun 1, duduk dalam kolej, tahun 2 kena duduk rumah sewa. Tapi aku still kena menapak tunggu bas untuk pergi kuliah. Tapi tak selalu laa sebab member banyak yang berkereta πŸ™‚

Semalam mula satu program ETec, kelab fakulti teknologi kejuruteraan aku. Semalam jugak laa bertungkus-lumus acah je busy sebab aku kena on duty dari 9 pagi sampai 6 petang. 2 program bhaiii kena in charge jadi photographer +.+’

Duty yang tak dirancang, pagi-pagi contact terus cakap aku kena on duty sebab macam tak cukup photographer. Hmm nak kelam kabut pun tak boleh, sebab aku kena menapak pergi kat McD taman u untuk amik bas mayang sari lagi. Nak tak nak kena laa mereka tunggu sampai aku terpacak depan dewan sultan ibrahim tu.

Redha je laa even sau badan penat. Tambah-tambah tangan kanan aku bengkak balik. Haihhh dah tu je yang aku aktif sebab dah tinggalkan sispa. BKE -biro kerohanian&etika- pun gaya dah tak join sekaki sebab dah tak duduk dalam kolej kediaman kan, nak tak nak kena laa cari benda lain.

whatsapp-image-2016-09-06-at-6-03-40-pm

“korang memang dah kenal dari before masuk uthm? sebab rapat sangat je?”. aku sengih, bonding aku dengan wawa Β sebab korea gais πŸ˜‰

Minggu pertama dah habis topik 1, ada assignment dan bahagi kumpulan. Tak sempat nak berehat. Ceh! Sempat je setakat nih belum busy sampai tak cukup kaki dan tangan.

Waktu cuti sem acah tak sabar nak mula kuliah balik, sekarang amik kau. HAHA

whatsapp-image-2016-09-06-at-6-03-33-pm

BND, BNE & BNF. aku, jieha n wawa. department electric & electronic FTK

Betulkan balik fokus, mula sem nih dengan semangat yang baru dan mind-set yang positif! Bak kata tnc hepa semalam, “Belajar belajar dan belajar untuk mengubah masa depan kamu dan nasib keluarga”.

Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah πŸ˜€