sayangs

salam.

semua orang ade kesayangan. kesayangan aku adalah orang yang banyak sokong jatuh dan bangun aku.

sayangnya aku pada kesayangan nih tak boleh nak ‘describe’ . terlalu sayang. hanya Dia yang tahu.

ma. ayah. kakak. abangah. kak chik. adik.

sayangs, ilysm.

IMG_20150609_122715

sayangs semua hepi masa eki aka kakak graduasi 🙂

C360_2015-05-02-00-02-31-149

habis matrikulasi, sayangs semua datang & balik kampung ayah sama-sama 😀

semoga kasih sayang yang dikongsi bersama, Allah balas dengan kenikmatan dan rahmat-Nya di dunia dan akhirat.

Advertisements

Tahun Satu Sem Pertama

IMG-20150906-WA0007

Assalamualaikum..

Dah tahun 2015. Dan aku dah melangkah ke satu lagi fasa hidup, menjadi seorang siswi. Alhamdulillah, syukur sangat sebab aku mendapat tempat di IPTA 🙂 Dari kecik dulu dok fikir benda apa laa yang aku akan belajar masa kat universiti nanti. Heh. Acah kecik-kecik dulu eksaited bebenor laa nak sambung belajar ke menara gading.

Setiap kali aku dengar lagu ‘Standing In The Eyes’ nyanyian ratu rock Malaysia, mesti akan rasa sesuatu. Haha bukan sebab aku minat penyanyi tu. Tapi sebab bait lirik lagu tu memang agak kena dengan aku. Sangat-sangat kena sebenarnya. Sebab aku bukanlah orang yang amat mudah perjalanan hidupnya untuk sambung belajar.

Sampai sekarang, bila terdengar lagu tu.. rasa macam masuk habuk kat mata. T_T

Mungkin ada yang akan cakap laa, emosi aku terlebih.Hehe. Peduli pulak? Hanya orang yang pernah rasa susahnya aje akan memahami apa yang aku tulis nih.

Berbekalkan keazaman.. *eceh* Aku akan habiskan empat tahun yang sekejap sebenarnya untuk menggenggam segulung ijazah untuk Mama, Ayah dan famili . InsyaAllah :’)